Assalamualaikum.
Hampir setengah tahun jugak la tak update blog. Taktau nak update apa. Kalau dulu bukan main hari hari keluar hari hari nak update kat blog. Tak matang rasaaa -,-“ Masa dulu tak aktif twitter ponggg. Haha. Okay macam biasalah bila keluar result je update. Bukan nak share pointer tinggi ke apa, cuma nak share apa yang aku belajar time part 4 dulu. Mana tahu sedikit sebanyak dapat membantu anda diluar sana :)
Semester 4 ni takde dah ye belajar CTU. CTU tu apa? Macam pendidikan Islam ye adik adik. Belajar sampai sem 3 je dulu. So semester 4 akan ade 3 subjek major, 2 minor, 1 third language dan 1 BEL macam biasa la tu. Mari mulakan dengan subjek major dahulu:-
IML 553: PUBLIC RELATIONS IN INFORMATION WORK
Rasanya bagi pelajar yang daripada Diploma Pengurusan Maklumat (IM110) semester 3, pernah la kot buat event yang kita kena deal dengan public. Kannn? Cuma sekarang aku taktau la dah lain ke apa ke dengan diploma sekarang. Time aku dulu belajar masa sem 3 la. Dulu time diploma buat dekat Muzium Perang, Kelantan. Buat aktiviti macam macam lah dengan pengunjung. Lebih kurang sama la apa yang kami buat time degree. Cumanya kali ni kami kena buat event di perpustakaan desa. Lokasi kami, Perpustakaan Desa Paya Kerchut, Pendang Kedah. Boleh kata penat la jugak sebab aku berempat urus bahagian cenderahati. Bayangkanlah nak pergi beli hadiah, mintak sponsor itu ini last last sponsor satu pun tak dapat. Penat ulang alik g unit korporat je. Huahuahua. Tapi memang terima kasih banyak banyak la dekat Kusnida sebab pergi beli semua dengan dia. Balut hamper banyak banyak pun dia. Ok menyasar pulekkk. Subjek ni sama jela belajar pasal promotion promotion dan promotion. Tiada final exam so sila score gila gila untuk projek! :D
IML 554: COMPUTERIZED TEXTUAL INFORMATION MANAGEMENT
Siapa suka main dengan computer dan belajar coding, sure suka subjek ni. Dulu suka la coding buat html zaman zaman myspace. Sekarang macam pffftt. Coding untuk IML 554 ni bukan macam coding html yang biasa untuk blog tu ye. Ni coding lain sikit. Kena install winISIS punya software kat laptop. Tah merepek apa untuk individual punya assignment aku buat. Merapu meraban sebab tak faham. Bila makin lama godek situ godek sini okay la. Ni pun sama takde final exam. Final test macam biasa la, lab test. Bg soalan, dan kita buat. Dua sem dah (dua subjek berbeza) lecturer merangkap PA dan jiran sebelah rumah aku yang ajar tapi still tak boleh dapat A T_________________T
IML 555: ORGANIZATION OF INFORMATION: SUBJECT CATALOGING AND CLASSIFICATION
Haaaaa yang ni la subjek paling aku takut sekali kalau gagal. Serius la kaboooo. Syarat untuk ambik subjek ni, perlu lulus dulu IML507 time semester 3. Kalau tak lulus IML507 bermakna korang tak boleh nak ambik IML555. Nak menangis oiii belajar ni. Mencabar gila. Ingatkan belajar dengan AACR2 tu dah habis mencabar, rupanya tak. Ada lagi mencabar. IML 555 ni kita akan belajar buat Subject Heading dan Classification yang utk build call number. Kalau dulu buat descriptive cataloging bahagian subject heading tu kita akan tulis 1. SH 2. SH tu kann? Kali ni tak ye. Kita belajar term apa nak digunakan untuk mewakili Subject Heading tu. Yang menarik lagi nak menangisnya, dia ada 5 volume buku yang setebal AACR2 tu kau refer. Tapi tapi tapiiiii tu guna time dalam kelas je. Bila exam, akan ada la beberapa manual yang nipis sikit berbanding yang guna dalam kelas untuk kau refer. Tapi gak bising ah dalam dewan sebab sikit sikit nak belek manual manual yang ada atas meja sampai rasa nak guna meja lecturer dalam kelas time nak jawab exam. Haha. Nanti akan belajar Dewey Decimal Classification(DDC) dan Library of Congress Classification (LCC). Yang ni untuk build call number. Yang ni pun menangis jugak la. Nak nak bab DDC. Boleh jadi nombor pendek dan boleh jadi nombor panjang berjela sampai buat kau jadi was was. Ade satu kuiz tu aku cuma dapat 1.5/5. Bayangkan betapa remuknyaaa hati aku masa tu T__________________T
DDC ada 4 buku untuk kau rujuk. Tebal tapi tak sebesar LCSH. Ade index, schedule dengan table. LCC tak sure la berapa buku sebab kan LCC pakai huruf. 1 huruf tu kang ada pulak pecahan dia. Memang bising setiap kali dalam kelas bila buat latihan. Sokmo kena tegur dengan Tuan Syed. Dia cakap meja depan ni bising, kerja bukannya siap. Hahahaha.
Assignment bergantung pada lecturer masing masing ye. Ada final exam; 60%. Tak A pun tapi syukur Alhamdulillah tak sangka lulus :)
Subjek minor pulak:
IMR 455: ADMINISTRATION OF ARCHIVES
Yang ni sambungan bagi IMR 451. Belajar balik la appraisal, accession, digital archives, etc. Taktau kenapa aku suka bila belajar pasal rekod. Sebab baru tau pentingnya dalam menguruskan maklumat termasuk rekod ni ha. Subjek ni jugak ada buat trip ke Arkib Negara Malaysia (ANM). Kali ni kami pergi tiga tempat; ANM, Arkib UiTM Shah Alam dan Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Sepatutnya 4 tapi last minute Record Center Petaling Jaya (RCPJ) cancel. Bab bab pergi visit ni la aku suka. Dari segi belajar okay je sebab macam ulang balik apa yang dah kita belajar time diploma dulu cuma final exam tu jela banyak kali Miss Seri pesan jangan fikir apa yang kita belajar dalam kelas dan bergantung kepada nota 100% untuk lulus exam. Gulpppp! Tahu tak perasaan tu macam mana? Nasib la time final exam tu soalan senang sikit. Essay aku goreng jela walaupun taktau ape benda aku merepek. A- for this subject pun dah syukur Alhamdulillah. Thanks miss!
IMR504: CLASSIFICATION AND FILING SYSTEM
Subjek kedua yang membunuh aku dan merosakkan pointer aku semester ni T______________T memang tak target dekan semester ni sebab sebenarnya every sem pun tak target. Kalau dapat pun Alhamdulillah. Tp yela bila kita awal2 dah dekan, memang la kalau boleh nak maintain dekan so that aku boleh la merasa sekali pakai selempang pink time convo. Tapi harapan musnah ditengah jalan tskk tskkk. No ANC for diploma and degree. Takde maknanya nak pakai selempang pink atas pentas. Tapiiiiiiiiiiiiii aku still boleh kejar untuk grad dalam first class insyaAllah. Merasa sikit biasiswanya tu. Kalau tak jenuh nak membayar pinjaman.
Kk subjek ni belajar coding jugak tapi coding bukan dalam komputer tu. Maksudnya dari segi pengurusan fail. Kita nak guna alphanumeric ke, duplex ke, decimal ke, blablablabla. Yang ni macam ulang balik subjek record diploma semester 2. Lupa pulak kod dia berapa. Tapi memang lebih kurang la. Assignment untuk group kena pergi buat research kat gov dan private company untuk tengok macam mana dorang punya filing system. Final exam juga 60%. Frust dekat final exam sebab ada student daripada kampus lain bg soalan spot, tapi aku tak fokus sangat. Sekali apa yang kampus lain spot tu lah keluar untuk final. Tengok soalan memang nak nanges sebab menyesal tak baca yang dorang spotkan tu. Kalaulah aku study yang spot, mungkin boleh kekalkan DL. Tapi apa apa pun syukur sebab subjek ni lulus walaupun atas pagar dan semua subjek lain aku lulus.
BEL482: BUSINESS AND PROFESSIONAL COMMUNICATION
English English English oh my English! Hahaaha. Sem ni belajar BEL ala ala dalam syarikat sendiri sebab ada meeting. Informal meeting aku jadi orang biasa je. Tapi yang formal aku kena jadi Chairperson. Huwaaaaa ni semua gara gara aku la kot paling tua dalam group kecik kecik tu. Apa la korang ni, umur tak melambangkan apa apa kuasa okay. Alhamdulillah puas hati untuk formal meeting tu sampai masing masing nak keluarkan pendapat yang tak terkeluar masa buat meeting olok2 sementara tunggu giliran nak masuk bilik meeting tu. Terima kasih atas kerjasama kalian ye wahai classmatesku. For the first time dpt A untuk BEL sepanjang diploma dan degree =_________________=”
BAB451: ARABIC LANGUAGE II
Ahlan wasahlan. Syukran. Afwan. Hehe. Bahasa arab level 2 agak tak fokus jugak la. Sebab otak dan diri masih di level 1 sebab bila makin naik level ni makin mencabar yedakk. Banyak jugak dugaan untuk semester ni dengan tak cukup masa nak cover semua bab, dengan tahu last minute untuk listening dan writing test, buat video arab cuma bertiga je. Tapi syukur level 2 meningkat berbanding level 1. Terima kasih jugak kawan wechat sebab tolong aku betulkan skrip arab, tolong betulkan tatabahasa dan ayat aku. Yang mana aku salah semua dia tolong. Takde la suruh buat 100%. Tapi memang banyak la dia bantu. Syukrannn! Menanti level 3, level terakhir untuk third language :)
Apa apa pun syukur alhamdulillah untuk keputusan semester 4 walupun tersasar banyak dari yang diharapkan. Tipu la kalau cakap tak frust kann tapi tu la bila tengok semuanya lulus dan masih lagi dalam lingkungan 3 pointer dan ke atas syukur sangat. Harapan untuk ke semester baru dengan subjek yang baru termakbul. InsyaAllah akan perbaiki result untuk capai target seterusnya untuk grad dengan first class.
p/s: takziah buat keluarga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Hasbullah Awang. Sesungguhnya yang hidup pasti mati. Semoga kalian ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah