Quantcast
Channel: arifahnadia's
Viewing all 78 articles
Browse latest View live

nombor dua dan empat

$
0
0
Assalamualaikum.

sebenarnya dah lama gila kitorang minat bau perfume ralph lauren yang 1234 tu. kalau lalu je depan tu mesti selok g test bau. kabo free kann. heee. semalam pun macam tu. hajatnya nak beli perfume baru tapi fikir balik, perfume chanel auntie mastura bagi pun ade lagi. pastu baru ni auntie bagi lagi perfume miss vietnam. banyak sangat buat ape kan. so takpe la. tapi niat memang nak belikan untuk incik MF satu sebab tertangguh nak belikan dia something untuk birthday dia sebelum sebelum ni. 

semalam dah cuba bau empat empat nombor tu dan dia minat bau nombor empat dan aku suka gila bau nombor dua. dah la mula tu auntie tu ingat kitorang nak beli untuk hantaran. yakkk. jauh betei memikirnya auntie ni -,- dah confirm nak yang mana baru hari ni pergi beli. tapi aku punya body spray je sebab nak cukup syarat dapat beg T.T terpengaruh dengan auntie tu laaaa :(

muka budak selok dapat perfume baru

bila balik rasa beg kaler kuning+oren tu lawa! :(

walaupun kitorang dah tak macam dulu, aku rasa cam tak salah pun sebenarnya bagi hadiah sebab dah niat lama. ade rezeki sikit tu yang baru belikan. takpe la. lagipun tadi aku dah terminat beg ripcurl dan cupipi kecik yang grad tu. dah cakap awal awal nak, so siap siap jela nanti :D


p/s: fikir positif :)

Kini Kembali!

$
0
0
Assalamualaikum.

Lama gila tak sentuh blog. Lama tak update entry baru. Sibuk buat itu ini dan juga MALAS! Bila malas nak update, terus privatekan blog. Leceh sebenarnya nak update blog sebab kau perlu menaip panjang lepas tu kena on laptop. Kalau nak update kat telefon, payah sebab screen pun kecil kan? Lagipun sekarang banyak lebihkan twitter. Kehkehkeh

 Kali ni cuma nak kongsi dua tiga cerita yang mungkin agak basi. Alhamdulillah, 10 Oktober 2013, tamat sudah diploma dalam Pengurusan Maklumat ataupun kod dia IM110 di UiTM Machang. Dua tahun setengah (5 Semester) susah payah, bangun lambat, tidur awal, bersengkang mata siapkan assignments yang sentiasa ada, turun naik tangga, berjalan kaki dari kolej ke kelas (masa ketiadaan tenggiling), kena buat research ke sana ke mari, buat lawatan ke Arkib Negara dan Muzium Negara, pungpangpungpanggg eh habis dahhh rupanya! Sedih gembira semuanya bercampur.

Lepas habis exam hari tu, sempat la dua kali aku pergi Machang semula itupun ada sebab:
1. Program One Citizen (Nov ’13)
 2. Selesaikan pasal clearance (Jan ’14)

Alhamdulillah, tiada hutang apa-apa pun dengan pihak UiTM. Penat juga sebenarnya nak selesaikan clearance. Perlu pergi banyak tempat dan paling penting turun naik tangga tu wajib :p Ada la satu dua benda yang baru kat UiTM Machang tu. Untung pelajar baru dan pelajar lama yang masih disana. Paling untung siswi Kolej Tun Dr. Mahathir sebab Kak Ti dah bukak balik kedai dia. Dua tiga sem kami menunggu Kak Ti atas sebab-sebab tertentu. Hahahaha. Takpelah adik-adik, rezeki korang :)



P/s: sedang menanti keputusan kemasukkan untuk Degree. Harapnya, keputusan yang positif insyaAllah.

Clearance UiTM

$
0
0
Assalamualaikum.

Clearance clearance clearance stok! Eh takk. Ni pasal clearance dengan pihak UiTM. Bagi pelajar yang dah habis belajar ke, yang nak berhenti ke ape ke, perlu la selesaikan clearance. Erti kata lain kita tengok la sama ada kita ada lagi hutang apa-apa dengan pihak UiTM. Kawan aku cakap boleh je nak kirim dekat kawan so kita tak payah la ke Machang kan. Bagi orang yang duduk jauh macam aku ni boleh la nak kirim. Senang cerita. Tapi sayangnya, aku baru tahu lepas kawan aku yang duk Kuantan tu dah pergi. Seminggu awal pulak tu. Tskk tskkk T.T terpaksa la aku pergi jugak ke Machang tu. Tapi okay apaa, dapat jumpa kawan lama! :D

Aku beli tiket turun dekat Jerteh dan tumpang tidur rumah Ayu. Hari yang sama, Qila dengan bf dia pun ada. Sadis gila bila naik bas sorang sejak dua tiga menjak ni. Hari yang aku sampai tu, aku sorang je yang turun kat Jerteh, so bas cuma berhenti depan 7E. Boleh dikatakan nasib aku pagi tu baik sebab ade abang kakak 7E duduk kat luar borak sama dia. Bayangkanlah pukul 4 pagi masa tu, nak menangis aku kalau takde orang depan 7E. Wuuuu. Tunggu dalam lima minit camtu Ayu datang. Masa tu qila dengan bf dia ada dah sekali. Aku agak dah sek ni mesti nganjeng beg aku besauuuuu! Haha. Macam la tak kenal aku kennn -,- tidur kejap sementara tunggu subuh. Lepas tu tak tidur pun sampai lah nak bersiap gerak ke Machang :)

Masa nak buat clearance ni kau kena ikut turutan. Dalam borang tu:
1. Koordinator Kursus (KK/KP)
2. Perpustakaan
3. HEP (Ko, Unit Sukan, Unit Kolej)
4. Kewangan
5. HEA

Dah la kitorang taktau pulak nak jumpa KP tu kena naik tangga dekat dengan café ZZ. Confident je kitorang naik tangga biasa. Dah la tingkat 3. Naik tu cuma boleh ke bahagian kewangan je. Bajet macam,”oh takpe aa. Alang-alang kita kat bahagian kewangan ni, boleh ah cop terus”. Tapi bila nak cop tu dia tengok bahagian lain kosong, so dia suruh kitorang buat ikut turutan. Dah satu hal kena turun balik tingkat satu dan naik tangga dekat ZZ tu naik tingkat 3 cari bilik KP T.T Alhamdulillah best tau dapat KP macam Madam Noor. Peramah tahap infiniti! Then kitorang ke library. Masa ni menapak la naik ke libraryMasa tu yang jaga encik apa tah nama dia yang jaga. Baik dan peramah. Mujur takde hutang apa-apa. Takut la jugak kalau ada aku tak pulang buku ke apa ke kan. Hehe. Tengok jam pun nak dekat pukul 1. Time orang rehat. Sementara nak tunggu pukul 2 tu kitorang pergi Pusat Islam (PI) selesaikan dulu solat Zohor.

Pukul 2 tepat keluar PI dan terus selesaikan yang lain-lain (HEP, Unit Sukan & Unit Kolej). Sampai kat Kolej, tengok Kak Ti meniaga semula. Untung ah siswi yang duduk kolej lagi. Boleh jimat tau. Masakkan Kak Ti pun sedap-sedap. Patutnya hari tu kitorang plan nak makan kat Nasi Ulam kat KB. Tapi dah tengok ada Kak Ti, terus pilih untuk makan kat café kolej je. Macam biasa la kalau dah Kak Ti masak, memang aku pilih makan ikan keli masak berlada. Cengginiii (Y). Ramai jugak la pekerja UiTM makan kat café time tu. Bagi pelajar lama, mesti tahu kenapa ramai orang tunggu kedatangan Kak Ti. Berbaloi! :D

Pungpangpungpang pukul 3 lebih jugak la baru siap semua sekali. Alhamdulillah tiada hutang apa-apa. Yeayyy boleh grad dengan aman nanti. Cewahhh berangan je aku ni. Tapi sedih pun ada juga. Entah bila lagi la nak jejak kaki kat UiTM Machang :( harapnya ada lah sedara mara ke yang sambung belajar kat sana nanti, boleh sibuk ikut sekali! Heee :D

P/s: terbayang sambal ma Ayu buat hari aku nak balik Kuantan hari tu. Sedap!

Minggu Destini Siswa (MDS)

$
0
0
Assalamualaikum.

Lagi nak dekat keluar result penerapan ke degree, lagi debar. Banyak nak debar sebenarnya. Debar nak tahu dapat ke tak, debar nak tahu dapat course pilihan pertama, kedua, ketiga atau keempat, debar nak tahu dapat dekat kampus mana dan paling debar MENCARI KAWAN. Sedih sangat debar tahap macam tu sekali kennn.

Nak bagitahu masa update ni tengah dengar lagu siam –Karuna fang hai cop cham chamrum :p



Aku ni dah la jenis yang susah sangat nak berkawan. Bukan sombong tapi segan. Ini serius bukan gurauan. Ada sebab kenapa aku susah sangat nak cari kawan. Mungkin salah satu faktor tak masuk dengan kepala aku. Maksudnya perangai aku yang kadang-kadang gila ni ha T.T

Terus teringat masa Minggu Destini Siswa (MDS) time diploma dulu kat UiTM Machang. First time rasa berjauhan dengan family. Yang hantar hari tu pun angah dengan che ngah je. Lepas dorang balik, terus rasa macam nak menangis. Yela, tak pernah kena tinggal kot! Bermulalah kehidupan sebagai anak perantau *tetiba kennnn* pergi la ke Dewan Pro dengar taklimat dengan berpakaian baju kurung purple, tudung purple dan kasut sukan pink. Comel bukan? T.T Boleh dikatakan setiap kali pergi Dewan Pro untuk semua aktiviti, aku akan jumpa kawan baru. Kebanyakkan kiri, kanan, depan dan belakang aku orang Kelantan. Bagi aku takde lah sampai tak faham dorang kecek gapo kann. Tetiba bangga menjadi sek Pantai Timur HAHAHA. Tapi yang sedihnya, dorang ni dah ade duduk dengan gu siap. Gu ni macam kawan-kawan aa. Aku pulak kang terkontang kanting senyap main la blackberry kesayangan masa tu. Itupun sorok-sorok sebab PM garang. Cehhh padahal hanya PM tu sebaya aku -,-“

Sehari bagaikan setahun lamanya. Nak tunggu seminggu habiskan MDS tu macam apa je. Didera secara fizikal. Kena makan paksa. Mandi pagi-pagi buta sebab taknak tunggu orang lain mandi lama. Haaa. Yang ni pun kadang-kadang bebal jugak, nak mandi lama-lama time camni, pergi mandi kat rumah la. Kena la faham sikit orang lain pun nak mandi. Tskk tskk. Kadang-kadang tu salah orang lain, habis semua kena. Tapi itulah dinamakan kehidupan. Pengalaman. Yedakkk. Kalau ingat balik, macam tak percaya aku boleh sebenarnya lalui semua tu. Hampir tiga tahun. Yaa tiga tahun.


Dan sekarang mari debar sebabnya, time degree nanti rasanya takde MDS sebab kitorang insyaAllah akan terus ke semester 3. MDS ni biasanya untuk budak lepasan STPM, Asasi, Matrik dsbg la kot. Untung time MDS, mungkin kau akan berjalan satu kampus nak kenalkan kat mana library, mana dewan, mana kelas, mana itu, mana ini. Macam time MDS diploma aku dulu macam tu la. Dah la kampus Machang berbukit bukau. Naik turun bukit la cerita dia. Berbalik kepada topik debar tadi tu, aku bayangkan first day nak ke kelas tu macam mana. Dengan siapa. Nak cari kelas dan sebagainya. Huwaaaaa. Kalau masa diploma dulu nasib aku baik sebab budak bilik dua orang masa tu sekelas dengan aku. Pergi kelas sama-sama, first day pergi kelas pun dah boleh bergambar sama-sama. Kira takde la aku koya nak ambil gambar sorang-sorang pula kan. HAHA. Dalam kelas cuma ingat nama dua orang ni jela, Ayu dan Sheri. 

Macam mana la aku masa degree nanti. Berhadapan dengan muka-muka baru. Subjek baru. Lecturer baru. Negeri baru. Semuanya baru. Moga tabah menghadapi situasi nanti. Cewaahh gitteewww

Okbaiiii :)

P/s: seminggu lagi. debar dan debarrrrrr :(

Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, UiTM Kampus Sungai Petani

$
0
0
Assalamualaikum.

Seperti yang ditunggu-tunggu, hari ni keluar keputusan untuk penerapan UiTM.  Debar menanti sebab keputusan keluar pukul 5. Awal tengah malam semalam dah banyak kali try check, sebab kadang-kadang UiTM ni tak tentu sangat masa dia. Mungkin awal, mungkin lambat. Tapi kalau nak banding debar tunggu result exam dengan result degree, lagi debar yang ni. Lama jugak aku tunggu. Siap boleh layan lagu yang sheri bagi kat youtube. Kemain suka dengar, sekali bila refresh TL, Nampak ade dah yang tweet “Alhamdulillah……”. Dan aku macam HAAAAAAA? DAPAT TAU DAH KE? Aku try bukak link yang aku try check tengah malam tadi, DUKACITA, DUKACITA, DUKACITA. Aku try masuk ic Ayu pun DUKACITA. Tak lama lepas tu ada orang share link lain pulak.

Rakus bak hang aku pergi tekan link tu. Masuk ic aku. Sementara tunggu tu aku dah doa banyak-banyak harapnya dapat kat kampus puncak perdana. Sekali hambikkkkkkkkkkkkkk kauuuuuuuuuu!



KEDAH!!!!!! Nak menangis masa tu sebab dekat TL, yang mana kebanyakkannya satu cos dengan aku dapat dekat kampus puncak perdana. Majoriti budak kelas aku pun dapat kat kampus puncak perdana. Cuma cos berlainan. Ada record, ada library management dsbg. Tapi best la dorang dapat jumpa lagi walaupun berlainan cos. Aku ni? Hoiii. Tetiba sorang tercampak kat kedah. Memang nak menangis mula mula tu. Tapi tahan. Sebab aku tak expect pun dapat kat kedah sebab major aku nak ialah record management yang mana major ni cuma ada di kampus Segamat dan Puncak Perdana sahaja. Major library di Kedah. So masa apply penerapan dulu, aku letak pilihan pertama dan kedua record, ketiga dan keempat library management dan resource center tak silap.Macam tak bajet pon dapat kedah sebab setiap kali orang tanya nanti sambung mana, aku jawab dua je sama ada Segamat ataupun Puncak.

Apa-apa pun Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk sambung degree. Sekarang ni dalam usaha lagi untuk buat pertukaran kampus atas sebab-sebab tertentu. Moga dipermudahkan segala urusan. Dan aku masih lagi mengharapkan keputusan yang positif insyaAllah. Lepas dapat tahu keputusan tadi, aku call pakcik aku, mintak dia tolong uruskan. Selebihnya aku hanya mampu berdoa pertukaran tu dapat sebelum daftar 2hb Mac ni.

Tahniah buat teman seperjuangan IM110 2011-2013 yang dapat tawaran sambung ke satu lagi peringkat. insyaAllah, ada rezeki, nak jumpa dan sekelas lagi dengan exclassmates time diploma dulu. 

p/s: cuba tunaikan hasrat arwah mak nak anak-anak dia belajar sekurang2nya di peringkat degree. insyaAllah. Al-Fatihah

**bercinta lagi dengan AACR2! :)

Kenapa nak tukar kampus?

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam baru update pasal keputusan penerapan ke UiTM. Hari ni bangun je ingat nak post entry baru. Ada la juga satu dua berkaitan dengan entry semalam. Heee! Aku tau ada juga sesetengah orang macam

weii, pergi la”,
hek eleh, manja nak duduk dekat”,
dah dapat pun kira bagus”,
bendang kat sana  lawa, makanan murah

**(ayat last tu ayat nad; classmate aku HAHA)

Masalah utama bukan manja  dan dapat pun kira bagus tapi JAUH. Aku ulang balik JAUH. Bukan sebab aku tak bersyukur. Bukan sebab aku anak manja ke apa. Selama ni pun bukan aku tak pernah duduk jauh dengan family. Time diploma dulu aku dah rasa duduk jauh, nuhhh kat Kelantan. Naik bas 6-7 jam jugak. Jauh la tu ingat dekat? Sampai kebas tunggu nak sampai rumah.

Kedah? Kawan cakap separuh hari dalam bas T.T dan aku cuba buat surat untuk buat pertukaran kampus pun bukan di Negeri Pahang kampus Jengka mahupun Kuantan. Bukan ya. Aku mohon ditukarkan ke Puncak Perdana sebab dekat sikit kalau jadi apa-apa dengan keluarga aku. Itu pun still dikira JAUH. Kalau ikutkan, ada lagi banyak faktor.

Tapi aku malas nak cerita semuanya dekat sini. Aku cuma buat apa yang perlu je. Buat  surat rayuan. Aku tak kisah apa yang orang lain fikir. Itu hak masing-masing, tapi tapi tapi, kau lain, aku lain. Itu je. Hanya orang tertentu je faham situasi aku sekarang. Abah pun sokong apa yang aku nak. Berdoa berdoa dan teruskan berdoa moga ada rezeki aku di puncak insyaAllah.

p/s: sebulan lagi di Kuantan :(


apa itu hiperhidrosis?

$
0
0
Assalamualaikum

*amaran keras: entry yang panjang. kalau malas baca boleh close tab sekarang :)

Ape benda hiperhidrosis tu? Aku tau ramai yang taktau sangat masalah sebab tak ramai dapat penyakit macam ni. Meh aku bagitau apa itu hiperhidrosis. Hiperhidrosis ialah penyakit yang mana peluh akan keluar secara berlebihan, lebih daripada orang normal. Tipu la kan kalau tak peluh langsung. And yaaaa, aku admit, aku adalah salah seorang daripada yang menerima penyakit ni.

Tak silap aku since aku umur 8 tahun aku start berpeluh banyak kat tangan. Aku tak boleh dalam keadaan debar, nanti tangan aku berpeluh dan boleh menyukarkan aku nak menulis. Sampai kadang-kadang tu aku lapik tisu. Yela masa kecil kau takkan pernah anggap penyakit tu serius. Sampailah umur aku 17. Aku dah tak tahan sangat. Nak menulis dalam keadaan tangan basah camne la tu. Then aku pergi klinik pesakit luar jumpa doctor untuk tau apa sebenarnya penyakit aku.

Untuk pengetahuan, aku bukan peluh dekat tangan je. Masa tu peluh terlalu banyak kat 3 tempat utama; tangan, ketiak dan kaki. Boleh bayangkan macam mana aku terseksa untuk 9 tahun tu? Tak payah nak euww sangat. Aku pun tak minta untuk dapat penyakit macam ni.  Nasib time SPM dulu port aku ditakdirkan kat area kipas. Gelepo jawab exam tu takde la sampai lunyai kertas jawapan. Heee

So masa aku umur 18 baru aku terfikir nak buat operation. Masa pergi HTAA, dia terus sarankan pergi buat operation dekat Institut Jantung Negara (IJN). Jangan tanya aku ape kaitan peluh banyak dengan jantung sebab aku pun taktau. Sementara tunggu appointment aku, aku buat rawatan iontophoresis di HTAA. Rawatan ni  kau akan rendam kedua-dua tangan dan kaki kau dalam air yang ade arus elektrik. Rilek aa tak kuat mana pun rasa eletrik tu. Pernah rasa terjentat masa tekan suis dalam keadaan tangan basah? Dia lagi slow daripada tu. Macam tahap rasa semut-semut atau kebas gitu je.

 macam ni la kalau buat rawatan iontophoresis :)

Ada sepuluh sesi, tapi aku g sampai lima sesi je sebab malas. Kuikuikui. Tapi okay sebenarnya rawatan tu. Cuma bagi aku, aku rasa lepas rawatan tu muka aku pulak makin banyak berpeluh. Sidai baju tak sampai lima minit dah macam berlari 4km. Mungkin aku je kot yang alami perubahan tu. Jangan la pulak orang yang ade hyperhidrosis macam aku ni tolak untuk buat rawatan iontophoresis lepas baca kisah aku. NO NO NO. Lain orang mungkin lain kesan dia.

Sampai la aku pergi IJN tahun 2009 jumpa doctor aku, Dr. Ezani. Dia terangkan kat aku yang lepas operation mungkin berjaya dan mungkin akan mengalami side effect yang lain. Maksudnya kat sini, 3 tempat utama yang berpeluh tu, akan kurang peluh dia. Contoh, tangan (98%), ketiak (85%) dan kaki (80%). Ni aku bagi contoh sebab aku tak ingat berapa pecahan peratusan baik tu. Side effect lain selepas operation ialah tempat lain pulak akan berpeluh. Aku tak fikir apa dah sebab masa tu aku Cuma fikir nak kurangkan peluh kat tiga tempat utama tu. Nak pulak masa tu muka aku pun dah cepat berpeluh. So aku setuju untuk buat operation. Sebulan lepas appointment pertama, baru buat operation tu. Masa tu dia buang kelenjar peluh aku. Aku pun tak tengok macam mana bentuk dia ke apa. Tak terlintas.

Lepas aku keluar wad, baru aku rasa kesan dia. Otw ke kereta masa tu aku rasa macam betis aku ni peluh. Bukan tahap kawkaw pun. Rasa macam eh basah ke? Ke seluar aku lembap. Rasa dia macam tu. Tapi takpe la sebab doctor sendiri awal-awal dah bagitahu aku apa kesan lepas operate kan. Aku kena terima la. Alhamdulillah la tempat yang sebelum ni aku peluh terlalu banyak tu dah kurang. Aku ulang balik KURANG, bukan tak peluh langsung ya. Jangan lah pulak pesakit yang sama macam aku ni mengharap untuk tidak berpeluh 100% pulak.  Tak peluh langsung kang pun tak elok pulak rasanya.


Bagi yang taknak buat operation tu mungkin boleh cuba alternatif lain. Aku ada terjumpa pasal deodorant yang boleh buat kurang peluh. Tapi mahal la jugak kalau nak banding dengan deodorant yang biasa jumpa kat mydin ke the store ke kan. Nama deodorant tu Perspirex. Dia ada untuk deodorant dan spray ke lotion entah untuk tangan dan kaki. Aku cuma beli deodorant hari tu kat Guardian Kuantan Parade. Kat Watson tak perasan pulak ada ke tak. Dulu aku beli dalam RM50++ la. Sekarang dah RM63 ke berapa entah. Aku pun lupa. Dan aku ada jumpa satu lagi produk yang mungkin akan bantu, Jus Harum Malam. Aku ada jumpa kat instagram siapa tah untuk masalah hiperhidrosis ni. Murah sikit berbanding deodorant tadi. Harga RM33. Selain dua ni, aku rasa cara kita makan juga dapat bantu untuk kurang peluh. Banyakkan minum air putih, air masak, mineral dan sebagainya. Banyakkan juga senaman. Macam aku ni liat nak bersenam, tapi suka minum air masak. Itupun kat kolej. Kuikuikui

Aku tergerak nak buat entry ni pun pasal semalam ada yang buat lawak pasal penyakit aku. Bukan lawak yang kau rasa boleh ketawa berdekah dekah, guling-guling tu. Tak, tapi lebih kearah menganjing. Aku dah la cepat sangat sensitif. Bagi kau, mungkin “lek aaa. Gurau je kot”. “takkan dengan member2 pun nak terasa”. Bukan macam tu. Kau kena tengok jugak keadaan kalau nak bergurau sekali pun. Sebab tu aku kurang nak berkawan, sebab kadang-kadang kawan ni pun bukan semuanya okay dan faham situasi kita, ada jugak dua tiga yang hampeh. Semua penyakit pun kalau boleh kita sendiri taknak. Biarlah diri ni sihat dan normal macam orang lain. Tapi bila Allah SWT tu bagi kita rasa penyakit ni, bersyukur kerana kita ni insan terpilih. Kau  kau kau dan kau ataupun orang luar sana masih lagi menganjing pasal penyakit ni; senyum dan ucap Alhamdulillah. Fikir kenapa Allah bagi kita sakit tu.

Aku harap, orang kat luar sana lebih berfikiran terbuka, terima dan faham dengan apa aku ataupun orang lain yang menghidap penyakit ni rasa. Memang penyakit ni tak serius macam kanser, tapi kadang-kadang tu pun kita perlu sokongan moral daripada orang lain. Bukan dengan cara kau menganjing. Tak. Cubalah nanti satu masa, kau pulak berada di tempat kami. Pasti rasa apa yang kami rasa. Nasihat aku tu, sebelum nak bergurau, fikir. Fikir apa yang kau cakap tu dan penerimaan orang dengan gurauan kau.

p/s: maaf kalau aku terlalu emosi. Mohon faham perasaan aku.


UiTM Kedah (Part 1)

$
0
0
Assalamualaikum.

Sebulan tak update blog. Heee. Baru sebulan dah kecoh. Hek elehhh :p heyyy heyy. Cuba teka aku kat mana sekarang? KEDAH! Ya kedah. Negeri yang aku beria taknak pergi tu. Sampaikan aku buat surat rayuan untuk tukar kampus tu. Haha. Banyak cerita aku nak share even orang taknak tau pun kennn. Biarlahh. Inikan belogsepot aku. Kehkehkeh *entry panjang. Amarannn!*

Aku datang sini pun dalam keadaan terburu-buru. Macam tak percaya aku dah daftarkan diri sebagai pelajar UiTM Kedah. At first memang aku taknak pun sambung kat sini. Hari-hari menangis mengharapkan ada keajaiban berlaku which is harap pertukaran kampus aku berjaya. Aku tunggu keputusan pertukaran sampailah 28 Februari, still dalam surat tawaran aku tu tak berubah; UiTM Kedah.

Sabtu petang 1 Mac aku bertolak pergi KL dengan abah n adik aku. Bertiga je. Dalam hati meronta taknak pergi. Sampai KL maghrib, jumpa angah n kak sue dalam pukul 11. Angah n kak sue tolong hantarkan sebab abah pun sebenarnya tak larat sebabnya jumaat petang tu dia baru balik dari Tioman. Gila apa nak hantar sampai ke Kedah sabtu tu? Nak menangis aku masa tu. Lepas transfer barang dari kereta abah ke kereta ayah mertua angah, baru la gerak. Macam tau je barang adik dia banyak, memang tak muat la wira angah tu. Haha. Nak dekat pukul 12 tengah malam jugaklah baru bertolak ke Kedah.

Sedih sangat masa ni. Pergi dalam keadaan terpaksa. Rumah sewa tak cari lagi, hati berat je. Try contact kawan2 yang dapat sama UiTM Kedah tanya kot la rumah dorang boleh masuk lagi. Malangnya semua penuh. Lagi la aku nak menangis. Sampai Sungai Petani (SP) pukul 4 lebih. Check in hotel dan sambung tidur. Lepas subuh tu aku usaha juga cari rumah sewa dekat page Komuniti NR UiTM Kedah. Pendek cerita aku contact senior ni melalui whatsapp tapi masa tu tak confirm lagi nak menyewa kat rumah dia. Pagi dalam pukul 10 tu pergi settlekan pendaftaran terus kat HEA. Siap semua baru tengok rumah.

First aku pergi tengok Kolej Taman Universiti (KTU). Angah macam bagi ayat sedap, “haa dekat dah ni dengan kampus kau. Kau taknak ke duduk KTU?”. Then angah bawak pergi rumah sewa senior yang aku contact tu kat Fasa 4. Kalau tengok seniors promote rumah sewa, Fasa 4 ni boleh dikatakan paling hampir dengan kampus. pergi tengok dulu rumah then berjalan ke amanjaya mall sebab dekat sikit. Kuikuikuikui. Lewat petang camtu aku ckp nak sewa rumah kat fasa 4 ni.

Pungpangpungpangg hari Isnin siap buat kad matrik, tengah hari tu angah terus hantar kat rumah sewa n bertolak balik KL. Dia kejar masa sebab lepas hantar kak sue, dia nak balik Melaka pulak sebab Selasa dia kerja. Sebenarnya dari pagi tu aku nak menangis sebab tak percaya aku dah ada kat Kedah pastu aku tahu, tengah hari angah n kak sue nak balik. Time dorang nak balik tu aku menangis teruk.

Angah : rilek la. Datang nak belajar je kan
*nada angah masa ni lembut gila* tak pernah hayat angah pesan gitu kat aku. Tu yang aku lagi sedih.
Kak sue : janganlah nangis2. Nanti selalu la whatsapp. Tanya ayah din apa keputusan
Dan aku masa tu tahunya MENANGIS DAN MENANGIS DAN MENANGIS TERUS! :(

satu hari tu aku menangis teruk sampailah ke malam. time tu masih tak boleh sesuaikan diri lagi kan. wuwuwuwu.

BERSAMBUNG di UiTM Kedah Part 2 pulak! 


p/s: cuaca di Kedah memang panas. bak kata orang, ini baru panas dunia. sabar :)



UiTM Kedah (Part 2)

$
0
0
Assalamualaikum.

Mari sambung entry UiTM Kedah Part 1. Macam aku cakap sebelum ni aku memang berat hati je nak pergi sini. Datang pun dalam keadaan tak rela. Tapi nak buat macam mana, teruskan jela. Hari selasa tu ada taklimat dengan KK.

Untuk budak major library management, UiTM sini cuma ada minor sahaja sebab tak cukup lecturer untuk buat elektif. Hanya 3 kelas dibuka untuk pelajar penerapan; 2 kelas untuk minor system dan 1 kelas untuk minor record. Aku kat mana ni mana ni? Of course aku pilih minor record sebab sebenarnya aku lebih suka record berbanding system. Serik woiii even aku minat coding. Tu dulu punya cerita la kan. Oh lupa, untuk budak penerapan macam weollsss ni akan terus ke semester 3. Jimat setahun! :D

So far, kelas record aku dah masuk. IMR45I ni macam ulang balik time part 5 zaman diploma dulu. Kena hadap article dan buat summary. Time diploma part 2, 4 & 5 memang tak lari la kena cari article kat online database. Aku suka cari kat emerald sebab senang! Wiwiwiwi :D tapi tu la, ayat dia belit-belit. Sebab article dalam ni tak semestinya orang Malaysia yang tulis. So kena rajin bukak dictionary jugak la untuk terms yang agak tak faham tu.  Kelas lain tak sempat masuk lagi sebab asyik bertindih dengan budak dip. So insyaAllah minggu depan dah boleh start kelas macam biasa :)

Ok sebenarnya ada juga nak selit cerita pasal tukar kampus tu. Sampai ke sekarang masih tiada lagi jawapan. Tapi aku ni jenis, selagi rasa nak, aku akan cuba sedaya upaya aku. Cewaahhh. Ni tengok keadaan sebenarnya. Wuuuu. Baru ni aku fikir nak jumpa rektor terus untuk cerita masalah. Alhamdulillah rektor sini sporting habis. Apa-apa masalah, boleh jumpa dia. Masalah dari segi belajar ke, kewangan ke, kesihatan ke or apa-apa jelaa korang boleh share dengan dia. Cuma aku tak rasa la kalau korang ada masalah cinta nak pergi jumpa dia. Haha.

Nak jumpa dia senang je sebenarnya cuma sebab kes aku ni kena la pergi HEA dulu then baru jumpa dia. Walaupun aku dah dapat jawapan daripada pihak HEA, aku tetap nak jumpa rektor. Contact melalui whatsapp je. Canggih kan sekarang :p debar but then Alhamdulillah dapat jumpa dan cerita situasi aku. Aku risau keadaan abah bila duk jauh macam ni. Kalau jadi apa-apa susah aku nak balik. Rektor senyum terus cakap “awak bagi la ayah awak kahwin”. Aku ketawa je sebab aku tak kisah pun cuma yelaa, aku ni kan perempuan, hati lembut mudah nak menangis. Berair mata aku time tu :( rektor pesan sentiasa whatsapp abah.

Bertuah sebenarnya pelajar UiTM sini dapat rektor macam tu. Rasa macam borak dengan pakcik. Siapa-siapa la yang pernah cakap dengan rektor ni, aku tak rasa dorang tengah bercakap dengan rektor. Serius. Dia siap offer jadi anak angkat dia. Boleh panggil dia uncle. Macam tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya. Dia cakap, next sem dia akan ajar student yang ambil record. Eh eh. Kelas aku letteeewww. Kalau takde rezeki untuk tukar kampus, insyaAllah dia akan ajar kelas aku.

Buat masa sekarang aku 50-50 lagi. Walaupun aku tahu harapan untuk tukar kampus teramatlah tipis dan nipis pispispiss, aku still berdoa agar dapat tukar kalau pertukaran ni baik pada aku, pada agama aku dan masa akan datang. Kalau tak dapat tukar, biarlah aku redha dengan ketentuan Allah. Sebab Dia Maha Mengetahui yang mana baik, yang mana buruk untuk aku.

p/s : ada masa nnt cerita pasal suasana kat UiTM Kedah pulekkk. insyaAllah :)

Convo convo convo!

$
0
0
Assalamualaikum.




alhamdulillah. alhamdulillah. dah tahu tarikh convo ; 18/5/2014. penat lelah dua tahun setengah, akhirnyaaaa akhirnyaaa. tapi debarnyaaaa lahai bila ada kawan bagitau aku orang pertama yang akan naik pentas bagi course diploma pengurusan maklumat! alaaa alaaaa. debar okayyyy -,- 

kan nanti dah campur dengan budak kampus lain. mujur tepi aku tu akim. classmate time diploma. okay la kot buat hilang debar. pagi ni baru tengok nama dan nombor giliran. nampak nama afi, classmate kat kedah. yeayyyy! ada teman walaupun jauh.

so moh la fikir nak pakai baju apa, tudung apa dan sekian sekiannn. moga semuanya berjalan lancar masa tu :)

p/s: boleh jumpa exclassmates machang dulu! :D

buka mata, buka minda :)

$
0
0
Assalamualaikum.

Library Management = Pengurusan Perpustakaan
Librarian = Pustakawan

Mesti ramai yang macam haaa kau dapat course tu? Boleh kerja apa je dengan grad in library management? Ohhhh yang susun buku tu ek? Ke bahagian pemulangan dan peminjaman buku tu?

Mohon ya. Aku mohon, jangan terlalu cepat sangat judge benda yang kau sendiri tak pernah alami. At first masa aku dapat tawaran diploma in information management, aku dah google ape pekerjaan yang aku dapat kalau aku terima course ni. Nanti time degree boleh sambung dalam apa. Memang la bila kau google, salah satu pekerjaan yang kau akan dapat bila dah grad nanti ialah LIBRARIAN. Tapi aku rasa kalau kau baca lagi, actually meluas sebenarnya. Cuma bila kau dah ambil major in library management, apa yang kau belajar dan akan kerja nanti semestinya fokus dalam pengurusan perpustakaan.

Sesetengah ataupun majoriti la senang cerita, letak tanggapan bahawasanya librarian ni tugas dia susun buku, suruh students senyap bila buat bising kat library, yang jaga kat kaunter peminjaman dan pemulangan dan etc. Aku tak nafikan semua tu tapi kalau la mereka ni belajar dan fahami apa sebenarnya students library management ni belajar, mereka takkan cakap macam tu.

Tahu apa itu circulation? Acquisition? Cataloging? Apa tugas dia? Tak kan. Itulah kami belajar since diploma lagi. Macam mana, apa barang yang dia guna, apa advantages dia. But then orang yang tak belajar, takkan tahu kan? Aku bagi contoh la, cataloging. Cataloging ni la yang membantu korang nak cari buku (sebab ada call number-senang nak cari kat rak). Nak buat citation pun senang. Tapi time belajar, susah tahu. Kami kena belek AACR2 untuk buat descriptive cataloging (tapi PNM tak guna AACR2 lepas ni). So jangan ingat librarian ni kerja dia senang. Susah sebenarnya. Bahagian acquisition, akan uruskan sebarang pembelian buku. Apa students nak, blablablabla.

Kalau aku terangkan apa kami belajar, dan apa yang akan kami applykan masa kerja nanti, rasanya lagi panjang entry ni. Hahaha. Tu major kami, tapi ada je major library management tapi minor dorang systems. So mereka mereka nil ah kebanyakkannya akan create system untuk library. Yang korang guna OPAC tu menatang ape? Cehcehcehhh emo pulak aku ni -,-

So don’t judge the book by its cover okay. Aku tahu course kami tak la sehebat engineering, medic, law dll. Tapi aku tetap bangga dapat belajar sesuatu yang baru. Sesuatu yang orang tak pernah cuba nak faham.
Aku dengar cerita uitm ada tawarkan diploma in library ke ape tah. Zaman kitorang Cuma diploma pengurusan maklumat sahaja. So adik-adik kat luar yang tengah tunggu keputusan UPU tu, andai kata la dapat course information management (IM) atau related to library ke apa, terima la seadanya. Best tau sebab nanti korang akan terbiasa dengan environment library. Korang ada kelebihan bila buat citation bila siapkan assignments! Dan korang juga mungkin akan menguruskan maklumat dengan cekap. Percayalah cakap hakaakkkk ni. Hihi

  •   Diploma Pengursan Maklumat 
  •   Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan 
  •  Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod
  •  Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat
  • Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber



*Ini diploma & degree untuk fakulti pengurusan maklumat*


bila information/records tak diuruskan dengan betul :)


Kalau ada yang lagi rajin, boleh pergi web uitm. Ada lagi penerangan lebih lanjut. Peluang pekerjaan sangat meluas sebenarnya. Jangan risau, rezeki kita ada.  Allah dah tetapkan :)

p/s: menanti 18hb Mei : convo dan mini reunion dengan exclassmates time diploma. tak sabar! :D

cerita basi

$
0
0
Assalamualaikum.

Tiga bulan woii tak update blog. Hek eleh macam la ada orang nak baca blog kau kennnn -,- hahaa. Cara laaa. Yang pasti blog ni tempat untuk aku share cerita yang basi. Contohnya, kisah konvo dan hari raya. Eh? :D *gara-gara lepas baca blog zuby*


First cerita pasal konvo la. Dah hampir 3 bulan sebenarnya cerita ni. Nak cerita pun malas. So layan gambar jela okay :)

 Macam Alia dan Kak Ngah je dalam gambar ni.Cuba cari :P


Kembang kempis kembung je ambik gambar tengah hari buta camni. Photographer tak rasmi aku sudah tentulah angah! Suka bila dia ambik sebab dia pakai dslr. Gambar terus cantik. 


 Bersama keluarga kecil tercinta. Nak besar sikit tunggu Kak Sue beranak takpun tunggu aku kahwin dan beranak pinak. Eh ehhh :p gambar haruslah nampak sikit “Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)”



Bersama classmates di UiTM Machang *ni je sempat. tskk tskk*


...........................................................



Cerita kedua: Raya 2014. Macam biasa raya tahun ni raya di Kuantan. Since maktok dah duduk KL, jarang-jarang la kami sekeluarga balik JB dan tahun ni pulak kat Terengganu, che n tokbak dah takde so agak hambar la raya. Adik-beradik abah decide untuk buat tahlil raya kelima, tu yang kami raya Kuantan dulu. Bertambah hambar bila along kena kerja raya pertama dan angah pulak beraya belah Kak Sue. Makanya cuma kami berempat sahaja. Tahun ni jela weollss pakai baju sama warna : DARK BLUE. Itupun baju time sambut menantu tahun lepas. Takyah bazir ye. Kita pakai je balik :D




raya ketiga : kemunculan iqa bersama adik beradik di rumah. First time ni exclassmate datang beraya :)
raya ketujuh : buat open house dan sempat la jumpa exclassmate panglima perang, juniors, kawan twitter dan juga Trisyia dan adiknya Tina *siap pakai baju dalam cerita Forzen uollsss. cute gila!*


Sekian sudah cerita basi haritu. Kalau rajin ade lah tu aku update walaupun takde yang nak baca. Kehkehkehkeh. Selamat Hari Raya uollsss :D


p/s: dengar kata nanti konvo untuk degree di Merbok bukan lagi Shah Alam peace yoooo. masih lagi dalam proses. tp ok apa kalau buat kat Merbok. takyah daki tangga tinggi macam hari tu :p

Manusia mudah lupa

$
0
0
Assalamualaikum.

Mungkin entry ni paling bosan nak menaip tapi still gagahkan diri nak menaip. Haha. Dua tiga hari ni memang mood kelaut sikit tapi setakat dengan kawan-kawan and family okay lagi. Oh yaaa tengok tajuk pun dah tau kan pasal apa? Terus terang la aku cakap memang aku tak suka orang mengungkit tak kisah la sekecil mana atau sebesar mana kes yang diungkitkan tu.

At first memang aku mengaku aku block kat whatsapp, delete kat wechat n mute kat twitter. Aku ade sebab aku sendiri kenapa aku buat macam tu. Lagipun biasanya nanti dah reda sikit aku unblock balik. Tu jenis aku. Bukan aku block terus. Baik aku diam daripada aku bersuara. Tapi bila aku diam ada je yang nak suh aku bising. Pastu mula la kes ungkit mengungkit. Kalau tak puas hati, mesej/call boleh kan. Tak perlu kau nak tuit perli kat aku.

Ya memang dulu aku pernah mintak tolong kau masa aku susah. Aku ingat. Bukan aku lupa. Tapi tak perlu la sebab pertanyaan kau tu aku tak jawab, kau nak perli aku. Tolonglah. Kau lelaki bro. Lagi tua daripada aku. Tolong la berfikiran matang. Bila aku diam adalah sebabnya. Aku bukan nak cari gaduh ke apa. Tapi kau yang merumitkan lagi keadaan.  Sebab tak jawab soalan kau tu je kau boleh perli apa yang kau pernah tolong aku. Manusia jenis apa kau ni? Kau tak fikir masa kau mintak tolong aku tu apa aku kena dengan abah? Aku tak cerita kat kau sebab fikir kau susah, family kau ade kat Kelantan masa tu. Walaupun masa tu pun aku tengah ‘sesak’,  aku tolong juga setakat yang aku mampu.

TAPI HARI NI. Yaaaa hari ni baru aku kenal kau siapa. Kau perli baik punya kat twitter. Tahniah wahai hamba Allah. Kau tak selayaknya digelar kawan aku dan aku yakin kau juga akan cakap benda yang sama. Dengan alasan aku ni cumanya cari kau bila tengah susah. HAHAHAHAHAHHAAH. Berapa kali aku mintak tolong kau? Berapa kali yang sampaikan kau perlu ungkit? Kalau aku cari kau tengah susah, takdenya la aku nak jemput kau datang beraya rumah aku. Kalau aku cari kau tengah susah, aku akan diam seribu bahasa dan BILA SUSAH aku laju akan whatsapp kau. Rasanya bila aku buat open house haritu aku kategorikan keadaan aku masa tu tak susah dan aku menjemput cara baik. Adakah itu yang kau label aku sebagai manusia yang cari kau bila aku susah sahaja?

Manusia ni berbeza fikiran, pendapat, etc. dan ramai sangat dah orang jenis macam kau ni, yang cumanya ingat jasa yang kau tabur, pertolongan yang kau hulur TAPI tak pernah fikir apa yang orang lain tolong kau masa kau susah. MANUSIA MUDAH LUPA.


Tahniah atas keputusan kau dengan kata memberikan kata "F" dan "bangang" untuk aku. Dan yaaaaa, block  aku di fb, twitter dsbg. Aku sikit tak peduli sebab bukan aku paksa kau buat. Bukan aku yang beria taknak kawan kau. TAPI kau. Kau yang buat sendiri kan. So aku harap la ye lepas ni tak perlu kau ungkit kalau tak ikhlas nak menolong orang. Takpun senang jangan tolong orang lain sebab kita ni tak boleh nak jangka apa orang yang kita tolong tu akan tolong kita tak masa kita susah. teruskan berfikiran begitu. 

*jangan hina sangat pesan ke aku jangan cakap macam ustazah. Fikir balik ayat2 kau dengan F yang kau bagi dekat aku. L tak seteruk F yang dimaksudkan. 

p/s: dua benda paling aku tak suka, MENIPU dan MENGUNGKIT.

syukur Alhamdulillah

$
0
0
Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan, hari ni 14hb Ogos 2014 keputusan final exam semester Mac-Julai keluar. I iz nebes u knowwwwww T.T

Mana taknya,kalau nak banding cara study time final exam masa degree dan diploma bagaikan langit dengan bumi. Masa diploma, dapat roommates satu kelas, so senang la nak study. Nak refer jawapan yang mana tak dapat tu pun mudah. Dah bosan study main kuiz pulak. Tapi bila degree ni, MALAS dia tu lain macam. Orang study, aku duk dalam bilik main game. Bosan dengan candy crush, main Sudoku la sonic dash la -,-

Housemates pulak masing-masing berlainan course. Takkan la aku tak faham bab cataloging tu aku nak g tanya dorang pulak kennnn. Tskkk tskkk. Study last minute tu tak pernah hilang. Buat past year pun ala kadar. Gaya macam konfiden je dapat 4.00 pulakk.

Tapi apa aku boleh cakap, Alhamdulillah. Ini kali kedua aku merasa walaupun pointer cuma paras hidung orang kata. InsyaAllah akan mantapkan lagi usaha moga pointer bertambah dan grad di kelas pertama. Taknak bayar PTPTN! Kehkehkeh :D

 
Ni bukan result exam aku ye. Credit Total aku sem ni 18. Jauh lagi nak kejar 4.00 tu T.T

Jangan target terlalu tinggi. Nanti kecewa pun susah jugak. Teringat Sir Hafiz kabo “pergi mana-mana tanam niat nak dapat 3.75 every sem (sebab 4.00 tinggi sangat. HAHAHAHA)”

Terima Kasih Allah, family, lecturers dan kawan-kawan KIM2443D! Jumpa anda sem depan! :)


p/s: cuti tinggal 3 minggu sahaja. Nak cuti lagiiiiiiiii T.T

UiTM Kedah (Part 3)

$
0
0
Assalamualaikum.

Cuti dah nak habis baru la teringat nak sambung  yang part 3 punya pulak. Pemalas sungguh aku ni haaa -,- k mari sambung.

First aku nak cerita dari segi rumah sewa dan Kolej Taman Universiti (KTU).

 Rumah Sewa

Taman perumahan kat sini dipanggil Taman Lembah Bujang (TLB) Fasa 1-5 dan satu lagi tu tak silap Taman Lembah Merbok. Rasanya laaa. Okay bagi student baru yang taktau nak cari rumah sewa (maybe sebab taktau lagi kan persekitaran dia macam mana), aku cadangkan untuk cari rumah sewa di fasa 4. Nak tau sebab apa? Sebabnya fasa 4 ni banyak la kemudahan dari segi cc, kedai nak print fotostat segala benda tu, klinik 1 Malaysia, BSN, kedai runcit, kedai makan (paling banyak), pasar, kedai motor, dobi dsbgainya la. Yang paling kebabomm sekarang kat fasa 4 dah ade 7E! HAHAHAHA. Fasa 4 ni juga merupakan kawasan perumahan paling dekat dengan kampus dan juga paling dekat dengan pintu masuk yang kedua. Selain itu, jangan risau bagi student yang baru masuk ni takde kemudahan transport sendiri sebab uitm kedah telah menyediakan perkhidmatan bas untuk mengambil anda anda yang tinggal di rumah sewa secara PERCUMA!

Macam separuh kampus, kau naik van kena caj 50 sen la RM1 la kann. Tapi jangan risau buat pelajar uitm kedah. Hehe. Yang untungnya duduk fasa 4 ni, bas akan datang ambik uollss dulu tau. So peluang naik bas dan dapat tempat duduk tu tersangatlah cerah. Kalau uollss duduk fasa lain, maybe korang akan berdiri sebab kadang-kadang tu fasa 4 je dah boleh penuh satu bas dalam satu satu masa. Lepas tu jangan la korang ni ambik mudah, yelaa mentang la bas ambik kan, ikut suka je nak keluar rumah pukul berapa. Ada jadual bas sebenarnya. Nak tau jadual bas, sila godek kat web uitm kedah tu. Ada dia bagi jadual.

Kawasan perumahan paling jauh, mestilah Taman Lembah Merbok. Tak silap aku la nama taman tu macam tu. Kawasan ni sunyi sikit. Orang paling last sekali bas ambik ialah student yang menyewa kat situ. Memang peluang untuk dapat tempat duduk tu tersangatlah tipis. Memang confirm berdiri. Ada satu masa kalau penuh sangat, kau akan berdiri kat tangga. So apa lagi, buat lah keputusan yang betul sebelum menyewa tu.

Ni aku share link untuk memudahkan anda mencari rumah sewa sekitar uitm kedah, Komuniti NR UiTM Kedah :)

 Kolej Taman Universiti (KTU)

Ni aku tak sure la nama penuh dia macam tu ke tak. Haha. Okay bagi pelajar yang sambung degree yang merupakan lepasan STPM, Matrik dan Diploma daripada universiti/kolej lain, korang akan diberi kemudahan kolej. Kolej dimaksudkan kat sini bukan kolej masa korang time diploma tu. Kolej dalam kampus. Bukan tauu. KTU ni jauh jugak la daripada kampus. Tapi jangan risau sebab macam tadi jugak, pihak UiTM Kedah dah sediakan perkhidmatan bas. Dari segi kemudahan yang ada kat sana, agak kurenggg la. Tapi dari segi keselamatan, insyaAllah terjamin sebab situ ada Polis Bantuan. Sama la macam kau duduk kolej sebelum ni. Faham dak ape aku duk bebel pasal kolej kolej ni? Kolej ni asrama la. Aku taktau la lain tempat lain la kot istilah dia. Heee :D dari segi bayaran sewa tu agak murah la nak banding dengan rumah sewa yang lain. Aku dulu pun nyaris nak duduk KTU, tapi housemate aku yang sekarang ni time aku tanya dulu, sekeras kerasnya cakap “ tak payah la nadia. Orang yang duduk KTU tu  pun nak keluar”. HAHAHA. Dan contohnya ada depan mata bila housemate yang baru masuk, Dayah ni pun bekas student yang duduk KTU. Kuikuikuikui :p

Semuanya terletak pada anda yang nak menyewa ni. Terpulang. Aku cadangkan bagi yang nak kemudahan banyak tu, baiklah menyewa di Fasa 4. Kalau taknak, terpulanglah.

Second ni pasal susasana dalam kampus. Masa aku masuk dulu aku banyak ikut kawan, sebabnya dorang ni dah g jelajah dulu. Kalau aku tak ikut maybe boleh sesat. Huahuahuahua. Kampus ni besar la jugak kalau nak bandingkan dengan kampus Machang. HEA & HEP asing tau. Macam kat Machang dalam satu blok pentadbiran, kat situ lah HEA, kat situ la HEP kat situ lah pejabat kewangan, kat situ lah bilik pensyarah, kat situ lah kelas. Haaaa dah macam UTC kan. Uuuu ti siiiii pusat blablablabla. Kehkehkeh

Boleh aku cakapkan daripada blok ke blok tu agak jauh sikit la. Lain la kalau guna jalan pintas. Cewahhh. Contohnya hari tu first time ni nak g Dewan Perdana sebab ada taklimat dengan Rektor, kitorang ni pusing bapak la jauhnyaaa. Sekali ada satu malam tu baru aku tau jalan pintas nak ke Dewan perdana tu kalau dari depo bas T.T

Setiap kelas, aircond memang tiptop kecuali kat Blok B. kadang kadang tu panas la jugak. Maaf la aku takde gambar blok blok ni sebab aku lebih suka ambik gambar aku sendiri daripada blok. Hahaha. Tapi kat blog lain ada rasanya share gambar. Korang google jela ye. dalam kampus ni pun banyak sangat mesin gedegang. alaaa mesin air tu. kalau kat Machang, mesin tu kau boleh nampak kat Dewan Pro je. sedih kann. kalau haus, pandai pandai engkorang la g cari kedai atau cafe terdekat T.T

Oh yaaaa. Nanti time final exam, cuma ada dua tempat je dorang akan guna, Dewan Perdana & Dewan Mini. Dewan Mini ni dah tukar nama tapi aku lupa pulak nama dia apa. Dan bagi student baru yang taktau nak makan kat mana bila ada gap lama tu aku sarankan pergi makan kat café Kolej Malinja. Memang Kolej Malinja ni kolej lelaki, tapi ramai je siswi makan kat situ. MURAHHHHH dan banyak pilihan :) 

rasanya tu je kot nak share kali ni. bagi pelajar baru, selamat datang ke UiTM Kedah dan selamat menjalani Minggu Destini Siswa (MDS). Bagi pelajar penerapan UiTM jangan risau sebab korang takyah dah g MDS tu! Heeeee :D 

p/s: 7/9 dah ada kelas. kalau kat Machang dulu, hari ahad baru sibuk daftar kolej, esoknya (isnin) baru start kelas T.T

subjek bagi pelajar Pengurusan Perpustakaan yang perlu anda tahu :)

$
0
0
Assalamualaikum.

Aku buat entry ni khas untuk pelajar yang dapat sambung dalam jurusan Pengurusan Perpustakaan (Library Management). Inipun dibuat atas permintaan Zuby :) Sambil aku kongsi pengalaman, aku boleh share maklumat yang mungkin diperlukan bagi bakal pelajar Library Management ni. Apa yang aku share dalam entry ni adalah melalui pengalaman Semester 3 di UiTM Kedah. Amboii mukadimah kemainnn uoollllsss.

Ingin diingatkan bagi yang lupa atau waswas sama ada korang kena start balik semester 1 ke apa ke, jangan risau. Sesiapa yang mohon sambung ke peringkat degree melalui penerapan uitm, korang akan diserapkan terus ke semester 3. Ni tertakluk kepada cos yang korang pilih. Sebagai contoh time diploma korang daripada fakulti IM, dan sambung degree pun masih fakulti yang sama, korang boleh buat pengecualian kredit. Sebabnya subjek part 1 & 2, korang dah ambik sebenarnya time diploma. JIMAT setahun la kiranya :)

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, di UiTM Kedah setakat yang aku masuk ni la kan, dorang cuma tawarkan “minor” dan tiada pilihan untuk ambik “elektif” sebab tak cukup lecturer. Waittttt! Apa itu minor dan apa itu elektif. Aku bagi contoh ya, di UiTM Kedah cuma menawarkan minor dalam rekod ataupun sistem sahaja. Maknanya kat sini setiap sem korang akan ambik dua subjek minor. Macam aku, aku ambik minor record, so untuk semester 3 aku ambik IMR 454 & IMR 451. Bagi budak sistem ada la kod dia untuk dua subjek minor dorang.

Kalau elektif pulak, korang akan diberi peluang untuk belajar macam-macam. Maksudnya korang akan belajar record sikit, resource sikit, system sikit. Haa macam tu la. Untung sebab korang boleh belajar macam-macam. Tapi bagi aku, aku suka ambik minor sebab aku malas nak belajar banyak benda. Kalau boleh nak fokus satu benda je. Cenggittuuu :p


So mari aku terangkan lebih lanjut subjek apa, belajar apa dan esaimen macam mana untuk pelajar yang bakal ambik “Major Library Minor Record” di UiTM Kedah sahaja. Sebab UiTM Puncak Perdana dia lain sikit. 

MAJOR

IML 504: Information Sources and Services in Science and Technology

Information & ST. Menarik bagi sesiapa yang suka sains. Macam aku ni aku kurang la bab2 sains ni. Tskk tskk. Okay bagi subjek ni korang akan belajar macam mana information digunakan dalam bidang ST ni. Emm camna la aku nak terangkan bagi korang faham. Tu basic la sebab kita ni pun dalam fakulti pengurusan maklumat. HAHA. Okay korang akan belajar apa itu technical report, surrogate information, copyright, pattern etc.

Dari segi assignments pulak :-

Individual: facts finding
Contoh lecturer bagi soalan macam mana nak dapat maklumat pasal alamat syarikat XYZ yang menerbitkan buku sekian sekian. Korang kena cari la jawapan kat library. Sumber yang kau guna tu amat amatlah penting untuk membuktikan jawapan kau adalah benar. Siapa ingat lagi IMD308 time part 5 diploma dulu angkat tangan. Haaa, camtu la kau akan cari jawapan. Kalau bab2 alamat ni tentulah jawapan dalam directory. Tu sebagai contoh la. Tapi kannn time aku tu Miss Zati dah ubah task utk kitorg. Lagi senang. Senang cerita esaimen ni depends on your lecturer :)

Group: Library Visit & Annotated Bibliography
Annotated tu kerja dia sebijik macam IMD101 time part 1. Cari bahan dan buat summary sikit dan tak lupa kena buat APA style ya anak-anak.

Berita baik untuk korang, subjek ni cuma ada Final Test sahaja. So balun cukup cukup kat esaimen untuk dapat carry mark tinggi! :D

IML 507: Organization of Information: Descriptive Cataloging

Time ni korang akan berkasih sayang dengan buku AACR2 setiap kali kelas. Kalau dapat kelas kat tingkat atas tu redha jela ye. Setiap ahad & isnin aku daki tangga tingkat 3 untuk subjek ni. Part 5 diploma ada ambik IMD301 kan? Sama je adik adik. Cuma yang bezanya korang akan khatamkan segala bab ye X.X berpinor mata dik oiii. Dan paling mencabar main pulak rule bila degree ni. Nak menangis kau tau. Kau dah konfiden ni rule 21.4 tapi bila bincang satu kelas, jawapan kau salah. Rule celah mana tah kau tengok. Haaa camtu laa.

Untuk esaimen pulak cuma ada satu je. Itupun group esaimen. Rujuk AACR2 Part 1 daripada bab 2-12 pilih mana mana 10 bab sahaja then cari bahan untuk setiap bab dan seterusnya katalogkan dia macam dalam card catalog tu. Subjek ni ada Final Exam yaaaa. 60 % tak silap. So sila la score gegilaaaa untuk dapatkan carry mark 30 ke atas. 



MINOR

IMR 451: Management of Records in Organizations

Ingat lagi subjek IMD 302? Sama ja ni. Tapi lagi mendalam. Bab 1 & 2 je senang. Masuk je bab 3  aku rasa nak nanges sebab susah. Tapi rilek laaa. Kalau senang, baik takyah belajar yedakk. Korang akan belajar IRMP, key stages dia. Akta! Yaaa akta! Macam budak yang ambik laws kan? Bangga sikit sebab kita budak IM pun ada akta tauuu, Akta Arkib Negara 2003. Yelaaa, nak lupus tu semua tertakluk jugak pada akta ni. Bangga tak uollss yang ambik IM sebelum ni? Hehe. Kena rajin belek sikit akta ni sebab ada soalan keluar dalam part A.

Esaimen untuk individual macam biasalah, article review. Hang p cari article kat mana mana online database, dan mula lah buat summary. Time diploma part 2, part 4 dan part 5 memang tak lari la daripada kena cari article ni. Dan macam biasa, aku suka cari article kat emerald! :D untuk group pulak ini pun depend pada lecturer korang. Macam lecturer kitorang dia suka buat tema. So tema untuk weolls sem lepas ialah BADAN UNIT BERUNIFORM. Haaa jenuh weii nak pilih. Each group kena lain-lain. Tak boleh sama. So kitorg pilih untuk buat research di Kastam Pulau Pinang.

Ada Final Exam. Tak sure la berapa %. Tapi kalau korang dapat Miss Seri as your lecturer, untung gila! Harapnya semester 4 ni dia ajar lagi. Oh yaa, semester 4 ni insyaAllah akan ada trip lagi ke Arkib Negara dan Record Center :) 


IMR 454: Management of Records Repository

Untuk subjek ni dia ulang balik jugak macam subjek IMD 256 part 4 diploma. Management of records in RC. Macam mana nak lupus, apa tugas staff RC. Cumanya beza sikit korang kena belajar ”management” dalam subjek ni. Alaaa macam MGT 162 part 1 dulu tu. Planning, Organizing, Leading & Controlling (POLC). Tapi jarang sekali keluar soalan yang betul betul fokus dalam POLC. Kiranya korang kena pandai la menggoreng kait sikit POLC tu.

Esaimen ni aku tak boleh nak terangkan sangat sebab tak tentu tugasan kitorg. Macam subjek sebelum ni semuanya terpulang atas lecturer masing masing. Untuk group tak silap aku kena bina RC sendiri. Kan dah macam group esaimen IMD 256 dulu kan? Pilot project la, kena reka peta untuk RC la, dan lainlain. Tapi Alhamdulillah la esaimen kitorang asyik buat article review je. Kehkehkeh
Ada Final Exam juga :)


Untuk 3 subjek lain tu macam biasa la, BEL, CTU dan Third Language. Kat sini cuma ada Bahasa Arab, Jepun dan Mandarin sahaja. dan aku ambik Bahasa Arab :)

rasanya itu je kot yang boleh aku share. zuby, kalau rasa nak mintak akk tambah apa-apa lagi bagitau okayyy :D btw, ni bg budak "Major Library Minor Record" di UiTM Kedah sahaja ya. untuk kampus lain aku taktau. 

p/s: seminggu lagi je cuti T.T


Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM kampus Machang

$
0
0

Assalamualaikum.

sampai je dah ramai orang. kereta tak dibenarkan bawak sampai tempat pendaftaran. terpaksa la angah turunkan aku dengan che ngah depan blok D. kat situ kitorang naik bus sampai ke kolej tun hussein onn (THO). sekali dapat tingkat 3 ouh. da macam 6 tingkat aku rasa :( nasib masa tuh dapat cop katil bawah. heee :D first day banyak sibukkan diri dengan daftar itu ini. boleh bayangkan tak pakai baju kurung pastu pakai kasut sukan? haiyaaa. macam tuh la siswi kena pakai. alasan dia tanak bagi kaki kitorang melecet. pastu sampai malam ada aktiviti. macam tuh la setiap hari sepanjang MDS.

macam-macam orang aku kenal. kat sini majoriti memang orang kelantan. pekat gila dorang cakap. kalau loghat terengganu sikit-sikit aku boleh faham lagi. masuk kelantan aku terus jadi haaaa? MDS la minggu tak berapa nak best bagi aku setakat ni. memang tak cukup tidur. nak solat pun terkejar-kejar. yang ok MDS ni bila solat berjemaah masa subuh,maghrib dan isya' :)

ramai kan? masa ni siswi sampai kena solat dekat tingkat atas. termasuk la aku. atas best. sejuk je. sampai tuh boleh tertidur. heee :D ulang benda yang sama sampai la hari khamis. khamis tuh ada majlis penutupan. ingatkan hari khamis tuh habes sekali hari jumaat daaaa. lanyak la. lepas solat jumaat kitorang kena pindah ke kolej tetap. so sekarang aku menetap di kolej Tun Dr. Mahathir (TDM). kolej paling baru yang takde ampaian dan mesin basuh! tuh semua tak kisah la janji budak bilik aku semua baik-baik dan semuanya adik-adik :)

gila entry terperam beberapa hari. balik kuantan baru dapat hapdetttt. wifi kat sana macam apa je :(

semuanya dalam satu

$
0
0

Asslamualaikum.

pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku kat sini. mula-mula tu je aku macam rasa tak best. rasa nak balik rumah tuh membuak-buka. mana tak nye,kat sini kerja aku,bangun pagi,g kelas,makan dan TIDUR. ulang benda yang sama hari-hari. TV? langsung la. memang banyak gila aku episod aku terlepas. tapi sekarang,best la jugak kat sini.

budak bilik aku semuanya gila-gila. nak nak si ayu tuh. banyak kitorang ketawa pun sebab dia. belajar setakat ni,alhamdulillah,ok je. ada satu subjek tuh memang mengantok gila. MGT 162. aku taktau macam mana nak bagi segar mata dalam kelas ni. menguap tayah cakap la berapa banyak kali. yang selebihnya tuh best! lecturer best. sorang je garang. tanak sebut. hehe

"boleh ke kau hidup kat sana?". boleh je. buktinya aku masih lagi bernafas ni ha. syukur alhamdulillah. walaupun machang ni takde ecm ke mega ke,aku rasa tak jadi masalah pun. kena pandai-pandai la. kalau nak makan sedap-sedap macam mekdi ke memang takde la kat sini. tapi setakat kfc tuh boleh la. tapi fikir balik,membazir je semua tuh.

padan muka korang,akak buh kat blog lak.


nak siap-siap jap lagi kena amek gambar. zassss


terima kasih incik MF! :)

$
0
0
Assalamualaikum.

Aku taktau ape ke degil sangat incik MF ni. Dah gue bilangin enggak usah beli apa buat gue. Perghh. jahanam bahasa indonesia aku buat. *sigh* mula tu cam aku bagi tau la dia aku nak baju 'I lap LOVE BANDUNG' tu kan. Pastu tetiba macam tak nak lah pulak. alah biasa lah bila angin merajuk aku sampai terus nak cancel. Haha. Padahal dalam hati oh pelisss baby. belikan untuk i. Pelissss! Ahaaksss *sila muntah*

So, nak dijadikan cerita ; pagi tadi aku pergi la rumah dia sebab nak hantar novel akak dia yang aku pinjam + ayam percik kesukaan dia. suka ke? Haha. Aku memang suka buat andaian sendiri. Bila sampai depan rumah jiran dia, nahh hammbeekk kauu. Abang, ayah dia pastu ade siapa tah yang tak berbaju ade depan rumah. Kan dah gelepo aku. Cepat-cepat bbm suh dia keluar. Servis bertukar tangan. Aku bagi novel+ayam percik. Dia pulak bagi plastik yang berisi jeng jeng jeng. Balik rumah baru bukak.


Tadaaaaa. Dia bagi telekung, shawl dan keychain. Haa mula la kan nak ber'drama' dalam bilik. Terharu nokksss.Yela. Aku kan macam beria sangat nak t-shirt tu, tapi digantikan dengan benda yang lebih bagus. Alhamdulillah. Terima kasih. Dia cakap telekung tu mak dia belikan. Bila dia bagitau macam tu, lagi la nak menangis. Sebab apa nak menangis, itu dia je yang tau :(


'Saya tak lupa awak. Saya jalan-jalan kat sana, nampak je barang ni nak beli untuk awak terus rasa. Tapi saya tak reti pilih kaler. Pakai tibai je suh adik pilih kan jugak.' - kena la tuka ganti nama. Kang ade yang muntah hijau tak pasal. Hahaha. Fikir la jugak benda apa kan. Bila dah dapat, baru tau yang dia belikan shawl untuk aku. *lap hingus jap* dia cakap tu hadiah hari jadi aku yang akan datang + 21bulan kitorang. Tenkiu awak :)



Nahh berkoya sangat dengan shawl dia bagi. Tenkiu MF. Lemak bawah dagu nampaknya nak bercantum dengan lemak di pipi =.=

p/s : mimpi mainan tidur cipoh. mainan tidur T.T

cuti mid sem ;)

$
0
0

Assalamualaikum.

Lama gila tak menghapdet  blog. Line tak laju. Lepas tu macam banyak pulak masa dengan tidur, menghadap novel, tengok movies. Tiga minggu pertama ni aku macam rilek je. Buat macam takde kerja -,- padahal macam-macam kerja ada. Kena buat bussines card la, kena buat report pasal digital resource centre la, kena khatam pasal motherboard la, fahamkan article pasal record center management la. Banyak LAAAA pokoknya.

Tambah pulak sekarang ni tengah cuti mid sem kann. Bawak balik kerja banyak. Tapi habuk pun tadakkk. Khamis malam sampai; memang tak buat kerja la kan. Alasan = LETIH. Jumaat simpan tenaga, so tak banyak buat kerja. Cuma buat kerja rumah. Sabtu keluar, LETIH lagi. Ahad topup tenaga yang banyak keluar sabtu. Heeeeee :D so esok moh lerrrr menghadap KERJAsssssss yang sentiasa menanti aku. Pffftttt!

*print segala nota -,- 

p/s : kenapa mesti godek PC???


Viewing all 78 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>