Assalamualaikum.
Seperti yang ditunggu-tunggu, hari ni keluar keputusan untuk penerapan UiTM. Debar menanti sebab keputusan keluar pukul 5. Awal tengah malam semalam dah banyak kali try check, sebab kadang-kadang UiTM ni tak tentu sangat masa dia. Mungkin awal, mungkin lambat. Tapi kalau nak banding debar tunggu result exam dengan result degree, lagi debar yang ni. Lama jugak aku tunggu. Siap boleh layan lagu yang sheri bagi kat youtube. Kemain suka dengar, sekali bila refresh TL, Nampak ade dah yang tweet “Alhamdulillah……”. Dan aku macam HAAAAAAA? DAPAT TAU DAH KE? Aku try bukak link yang aku try check tengah malam tadi, DUKACITA, DUKACITA, DUKACITA. Aku try masuk ic Ayu pun DUKACITA. Tak lama lepas tu ada orang share link lain pulak.
Rakus bak hang aku pergi tekan link tu. Masuk ic aku. Sementara tunggu tu aku dah doa banyak-banyak harapnya dapat kat kampus puncak perdana. Sekali hambikkkkkkkkkkkkkk kauuuuuuuuuu!
KEDAH!!!!!! Nak menangis masa tu sebab dekat TL, yang mana kebanyakkannya satu cos dengan aku dapat dekat kampus puncak perdana. Majoriti budak kelas aku pun dapat kat kampus puncak perdana. Cuma cos berlainan. Ada record, ada library management dsbg. Tapi best la dorang dapat jumpa lagi walaupun berlainan cos. Aku ni? Hoiii. Tetiba sorang tercampak kat kedah. Memang nak menangis mula mula tu. Tapi tahan. Sebab aku tak expect pun dapat kat kedah sebab major aku nak ialah record management yang mana major ni cuma ada di kampus Segamat dan Puncak Perdana sahaja. Major library di Kedah. So masa apply penerapan dulu, aku letak pilihan pertama dan kedua record, ketiga dan keempat library management dan resource center tak silap.Macam tak bajet pon dapat kedah sebab setiap kali orang tanya nanti sambung mana, aku jawab dua je sama ada Segamat ataupun Puncak.
Apa-apa pun Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk sambung degree. Sekarang ni dalam usaha lagi untuk buat pertukaran kampus atas sebab-sebab tertentu. Moga dipermudahkan segala urusan. Dan aku masih lagi mengharapkan keputusan yang positif insyaAllah. Lepas dapat tahu keputusan tadi, aku call pakcik aku, mintak dia tolong uruskan. Selebihnya aku hanya mampu berdoa pertukaran tu dapat sebelum daftar 2hb Mac ni.
Tahniah buat teman seperjuangan IM110 2011-2013 yang dapat tawaran sambung ke satu lagi peringkat. insyaAllah, ada rezeki, nak jumpa dan sekelas lagi dengan exclassmates time diploma dulu.
p/s: cuba tunaikan hasrat arwah mak nak anak-anak dia belajar sekurang2nya di peringkat degree. insyaAllah. Al-Fatihah
**bercinta lagi dengan AACR2! :)
**bercinta lagi dengan AACR2! :)