Quantcast
Channel: arifahnadia's
Viewing all articles
Browse latest Browse all 78

Minggu Destini Siswa (MDS)

$
0
0
Assalamualaikum.

Lagi nak dekat keluar result penerapan ke degree, lagi debar. Banyak nak debar sebenarnya. Debar nak tahu dapat ke tak, debar nak tahu dapat course pilihan pertama, kedua, ketiga atau keempat, debar nak tahu dapat dekat kampus mana dan paling debar MENCARI KAWAN. Sedih sangat debar tahap macam tu sekali kennn.

Nak bagitahu masa update ni tengah dengar lagu siam –Karuna fang hai cop cham chamrum :p



Aku ni dah la jenis yang susah sangat nak berkawan. Bukan sombong tapi segan. Ini serius bukan gurauan. Ada sebab kenapa aku susah sangat nak cari kawan. Mungkin salah satu faktor tak masuk dengan kepala aku. Maksudnya perangai aku yang kadang-kadang gila ni ha T.T

Terus teringat masa Minggu Destini Siswa (MDS) time diploma dulu kat UiTM Machang. First time rasa berjauhan dengan family. Yang hantar hari tu pun angah dengan che ngah je. Lepas dorang balik, terus rasa macam nak menangis. Yela, tak pernah kena tinggal kot! Bermulalah kehidupan sebagai anak perantau *tetiba kennnn* pergi la ke Dewan Pro dengar taklimat dengan berpakaian baju kurung purple, tudung purple dan kasut sukan pink. Comel bukan? T.T Boleh dikatakan setiap kali pergi Dewan Pro untuk semua aktiviti, aku akan jumpa kawan baru. Kebanyakkan kiri, kanan, depan dan belakang aku orang Kelantan. Bagi aku takde lah sampai tak faham dorang kecek gapo kann. Tetiba bangga menjadi sek Pantai Timur HAHAHA. Tapi yang sedihnya, dorang ni dah ade duduk dengan gu siap. Gu ni macam kawan-kawan aa. Aku pulak kang terkontang kanting senyap main la blackberry kesayangan masa tu. Itupun sorok-sorok sebab PM garang. Cehhh padahal hanya PM tu sebaya aku -,-“

Sehari bagaikan setahun lamanya. Nak tunggu seminggu habiskan MDS tu macam apa je. Didera secara fizikal. Kena makan paksa. Mandi pagi-pagi buta sebab taknak tunggu orang lain mandi lama. Haaa. Yang ni pun kadang-kadang bebal jugak, nak mandi lama-lama time camni, pergi mandi kat rumah la. Kena la faham sikit orang lain pun nak mandi. Tskk tskk. Kadang-kadang tu salah orang lain, habis semua kena. Tapi itulah dinamakan kehidupan. Pengalaman. Yedakkk. Kalau ingat balik, macam tak percaya aku boleh sebenarnya lalui semua tu. Hampir tiga tahun. Yaa tiga tahun.


Dan sekarang mari debar sebabnya, time degree nanti rasanya takde MDS sebab kitorang insyaAllah akan terus ke semester 3. MDS ni biasanya untuk budak lepasan STPM, Asasi, Matrik dsbg la kot. Untung time MDS, mungkin kau akan berjalan satu kampus nak kenalkan kat mana library, mana dewan, mana kelas, mana itu, mana ini. Macam time MDS diploma aku dulu macam tu la. Dah la kampus Machang berbukit bukau. Naik turun bukit la cerita dia. Berbalik kepada topik debar tadi tu, aku bayangkan first day nak ke kelas tu macam mana. Dengan siapa. Nak cari kelas dan sebagainya. Huwaaaaa. Kalau masa diploma dulu nasib aku baik sebab budak bilik dua orang masa tu sekelas dengan aku. Pergi kelas sama-sama, first day pergi kelas pun dah boleh bergambar sama-sama. Kira takde la aku koya nak ambil gambar sorang-sorang pula kan. HAHA. Dalam kelas cuma ingat nama dua orang ni jela, Ayu dan Sheri. 

Macam mana la aku masa degree nanti. Berhadapan dengan muka-muka baru. Subjek baru. Lecturer baru. Negeri baru. Semuanya baru. Moga tabah menghadapi situasi nanti. Cewaahh gitteewww

Okbaiiii :)

P/s: seminggu lagi. debar dan debarrrrrr :(

Viewing all articles
Browse latest Browse all 78

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>