Quantcast
Channel: arifahnadia's
Viewing all articles
Browse latest Browse all 78

keputusan UPU 2013

$
0
0
Assalamualaikum

mesti debar orkk  masing-masing yang duk mohon upu hari tu. hari ni baru dapat tau keputusan. tahniah mana yang dapat. mana yang tak dapat tu masih boleh buat rayuan. masa rayuan, jangan demand pilih cos yang mencabar kemampuan anda okayy!

buat sesiapa yang dapat upu, lagi lagi dapat bawah UiTM dihatiku tu, selamat menjalani Minggu Destini Siswa atau singkatannya MDS. terus teringat MDS kat UiTM Machang dulu. kena pakai kasut sukan dan berbaju kurung selama seminggu MDS tu. mandi pun kena berebut tau sebab bilik air sikit, pelajar pulak ramai. sampaikan ada yang mandi dalam jamban. HAHA. naik bukit turun bukit (sebab kampus machang ni nama pun kat jalan BUKIT ilmu, so banyak la bukitnya). ehh tak lupa nanti korang kena habiskan makanan dalam masa 3 minit. dan masa tengah makan tu korang bakal dihiburkan dengan suara-suara PM "PANTAS SISWI. CEPAT HABISKAN MAKANAN AWAK. KAWAN-KAWAN AWAK KAT LUAR NI PUN TAK MAKAN LAGI. SAYA TAKNAK ADA SISA MAKANAN LANGSUNG DEKAT PINGGAN AWAK!" . masa ni nak menangis pun ada, abah pun tak pernah paksa aku makan macam tu tauuu. haha. tapi yaaa PENGALAMAN :)

hari ni rasanya taktau lagi dapat kampus mana kan? so nanti dah tau dapat kampus mana, jangan menangis selok mana yang bakal berjauhan dengan family. jangan menangis kalau takde geng masa MDS, sebab dulu ahkak ni pun sama. toleh kiri ore kecek klate. toleh kanan, ehh kecek klate lagi. dorang lagi la, kebanyakkan ade geng-geng dorang. tapi percayalah, masa ni lah nak kenal kan :)

bagi adik-adik yang dah biasa makan sodap sodap tu kan, jangan nak berangan makan mewah kat tempat orang. haha. machang takde mekdi cuma ade KFC. nak mekdi ke pizza ke sila ke Tanah Merah, Kok Lanas atau KB kalau rajin. tapi jangan risau, dalam kampus machang ni ade Cool Blog, Hot & Roll. bhahahahhahaha.

selamat menjalani MDS ye! :)

p/s: tips utk sesiapa yang dapat UiTM Machang, jangan bwak banyak barang, sebab kemungkinan korang akan pindah kolej lepas MDS. kang jenuh nak angkat barang bila nak kena pindah ke kolej tetap (pengalaman sendiri. tskk tskkk T.T)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 78


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>