Assalamualaikum
rasanya ini la kot pertama kali sepanjang aku belajar kat uitm result tubik hari khamis. tubik tuuuu. haha. selalunya hari Jumaat. setiap kali malam nak keluar result tu memang debar. debar sangat. memang akan terkeluar,"adoii. repeat ke paper tu ek? dah la susah gila. tak boleh jawab hari tu. parak la kalau kena repeat". kat twitter haa kau berlambak orang tweet pasal result. tak cukup kat twitter, kat bbm. stress mak incikk kalau si jemah bbm. dia la paling debar bila dapat tau kawan dia yang lain yang mana bukan sekelas dia dah dapat result. pffftt. semalam aku diam je sebab nak melayan WGM global. mihmihmih :p
"semakin semester meningkat, semakin cepat result dapat". ini merupakan hipotesis yang dapat daripada senior-senior terdahulu. cewahh. tapi memang pun. nak banding result semester satu, sampai tertidur aku. semester dua dalam pukul tiga macam tu. semester tiga pukul dua lebih tak silap dan yaaa semester empat pukul 1.09AM. disebabkan aku dah set email aku kat bb, senang la nak tau dah masuk result ke belum daripada penat je kena refresh email kat yahoo tu banyak kali. refresh TL, nampak farra tweet "email dah masuk". aku tengok fon takde pun notification masuk. dua kali pandang, bammm masuk email. buka cepat dah scroll terus bahagian CGPA & GPA. Alhamdulillah. syukur sangat. then baru bukak email kat laptop. hehe
.
semester empat yang penuh dugaan, main-main, usaha bila berkata, buatnya hampess, buat assignment sehari sebelum kena hantar, tidur awal padahal roommates semua bersengkang mata study sampai pukul empat pagi, main wechat masa study yakkkkkkkkk. memang tak percaya tapi syukur alhamdulillah atas rezeki yang dapat ni. insyaAllah cuma tinggal satu semester untuk tamatkan diploma. semoga semester terakhir ni dapat buat lagi baik daripada semester sebelum ni.
ucapan POYO :
terima kasih Allah. terima kasih abah sebab doakan yaya (menangis) dll, lecturers yang tak jemu mengajar student dia yang selalu menguap dalam kelas sampai berair mata (aku), yang pura-pura beri perhatian padahal mata dah rabak dan otak bayangkan "kan best dapat tidur ni" (aku juga), layan perangai kami yang gila-gila (yang ni bukan aku :p), layan kami tanya soalan yang kadang-kadang tu jawapan dah depan mata (sengaja nak manja lebih). hehe. ehh terima kasih jugak kepada roommates yang selalu ingatkan," akak study!","akak, tuu. akak niii". haha. dan rajin kongsi jawapan past year, tolong kat mana yang tak boleh. tak lupa classmates yang kena marah bersama. kihkihkih. semoga dapat habiskan semester terakhir dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. motiff sangatt -,-
*ni kalau cakap depan depan memang menangis selok*
p/s : semoga aku tamat diploma dengan TS . ANC memang tak la sebab tak dekan daripada sem 1.