Quantcast
Channel: arifahnadia's
Viewing all articles
Browse latest Browse all 78

Patut ke terima tawaran dalam bidang perpustakaan (Degree UiTM)?

$
0
0
Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak update blog pasal belajar, harini aku nak share sedikit pendapat aku la. Hee…. TAPIIIII kalini bukan pasal sambung master okay. Tunggu dulu laa. Ni nak cerita sikit la pasal keputusan nak terima ke tak tawaran sambung degree dalam bidang perpustakaan bagi orang kat luar sana yang macam was-was lagi. Faham dakkk? Sebab haritu ada orang tanya pendapat aku. So marilaaaaa aku share serba sedikit tentang course aku ni – Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan (IM244) di Universiti Teknologi MARA (Kedah).

Well, terus terang aku cakap course ni bukan pilihan pertama aku masa isi permohonan online haritu. Ni pilihan ketiga tak silap sebabnya aku nak sangat sambung bahagian pengurusan rekod. Tapi itulah dah rezeki bersama perpustakaan, kita terima jela dan aku TAK MENYESAL LANGSUNG malah lagi bersyukur.

Bagi aku ini adalah satu kelebihan bila mana kau ambik diploma bawah fakulti yang sama which is Diploma Pengurusan Maklumat. Kira untung la budak Fakulti Pengurusan Maklumat (IM) untuk sambung degree dalam fakulti yang sama sebab:

  1.  Boleh terus ke semester 3
  2.  Basic dah ada masa diploma (katalog) – bagi yang sambung pengurusan perpustakaan
  3.  Boleh namapak sedikit gambaran peluang pekerjaan dalam bidang yang sama


Tapi aku tak kata senang ye sebab ada jugak student yang repeat paper (katalog) even dah belajar basic time diploma. Kadang-kadang student ni belajar bukan sebab nak faham dan amalkan tetapi untuk sekadar lulus exam.  *emm terasa sis uolllsss sebab rasa macam cakap depan cermin* 

So for those yang dapat tawaran untuk sambung dalam bidang Pengurusan Perpustakaan dan tiada langsung basic dalam proses mengkatalog tu boleh je terima sebagai cabaran untuk diri sendiri. Sebab course ni ramai gila maintain pointer 3 lebih. Lagipun bukan setiap sem kau kena katalog buku. Cuma itu adalah subjek yang dikira WAJIB TAHU sebagai seorang pelajar IM244 ni. Course ni memang tiada unsur-unsur pengiraan. Kot-kot la ada yang fobia dengan subjek mengira kannnn.  Kalau kau diploma lain bidang pun jangan risau, sem 1 & 2 ada la subjek asas yang korang kena belajar. Jangan risau okay! :D

Kalau tanya tentang subjek untuk IM244 ni memang KEBANYAKKANNYYYYAAAA pasal library la. Katalog, abstrak-index, MARC21 dan tak boleh lari dari kitab yang tebal dan berat itu ya. Tapi ada je belajar benda lain selain daripada tu contoh macam sistem, manuskrip, pengurusan rekod (yang ni untuk subjek minor/elektif).

*credit to Encik Google*

Haaa inilah salah satu kitab tebal untuk proses katalog; AACR2. Tak sure masih digunakan atau tak sebab kebanyakkan perpustakaan dah guna RDA. Eh ada lagi okay kitab tebal lain untuk proses katalog ni, sebagai contoh, DDC & LCC tu haaa lagi la tebal dan banyak volume. Huahuahuahua. Aku masih simpan lagi kitab AACR2 ni :)

Itulah serba sedikit yang aku boleh share pasal ni. Selebihnya atas individu itu sendiri, haa engkau la orangnya tuuuu. Teheeeeee :D . Fikir masak-masak, bincang dengan parents, buat research sikit pasal course ni (blog lain atau web Fakulti Pengurusan Maklumat) dan tak lupa juga, buat solat istikharah kalau nak dapatkan jawapan lebih lagi. InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan anda. Selamat maju jaya!


Thanks for reading, Bye! :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 78

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


EASY COME, EASY GO


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>