Quantcast
Channel: arifahnadia's
Viewing all articles
Browse latest Browse all 78

Pekerja Sambilan Harian (PSH)

$
0
0
Assalamualaikum.

Hi :D harini macam terlebih rajin pulak nak update blog. Kalau tengok previous entry banyak pasal education kan? Subjek apa belajar untuk setiap sem dan entry khas untuk LI. Tapi untuk entry ni aku nak share pasal pengalaman pertama aku bekerja. Nak baca, silakan. Kalau taknak, boleh close tab terus :P By the way, kerja aku ni kerja kontrak je tau. Bukan tetap tapi tu la still nak share. Huahuahuahua

Pekerja Sambilan Harian atau singkatan dia, PSH. Ni first time aku dengar. Yela kalau sebelum ni lepas PMR ke SPM ke diploma ke memang cuti aku tak pernah kerja. Alasan aku mudah, takde transport nak g kerja. Cehh padahal ada je bas tapi tu la kalau dah namanya MALAS, memang tak boleh nak buat apa la -,-"

Kerja ni pun aku tau dari kawan kepada kawan aku. Dia tweet “siapa nak kerja dalam masa 3 bulan dan dah ada diploma?” (lebih kurang la). Time tu kawan aku mention nama aku then aku DM la budak tu. Kebetulan memang aku tengah cari kerja (belum ada keyakinan nak sambung Master lagi). Dah mesej semua then hantar resume kat ofis baru tau yang course aku ambik memang menyimpang dengan tempat aku kerja. Masa tu pun kejap je IV dengan Ketua NAPIC Daerah. Seminggu lebih juga la tunggu jawapan dan akhirnya diterima kerja selama 3 bulan di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Teeeeheeeeeeeeeeeeeee :D

Kerja memang mudah pun sebab masukkan data dalam sistem. Aku memang suka benda macam ni. So memang mudah la cerita dia. Cuma bila ada istilah aku tak faham ke nanti staff lain explain la. Aku kerja kat bahagian National Property Information Centre (NAPIC). Maklumat pasal jual beli, sewa, etc. Time belajar dulu ada lecturer cakap kalau tak kerja kat library, mana-mana Information Centre pun awak boleh kerja (masa diploma kan ambik pengurusan maklumat).

Setakat ni memang syukur sangat sebab kerja mudah dan kakak-kakak kat ofis memang friendly dan selalu ajar yang mana aku tak faham. Pejam celik pejam celik dah dua bulan aku kerja dan ini bulan terakhir. Puan Siti kata kalau next year diorang still ambik PSH lagi, boleh la apply. Yeayyy! :D

Okay yang pasal PSH ni, nama pun harian kan so gaji ikut hari. Hari kau datang kerja, dapat la gaji. Tapi bukan bayar hari-hari tau. Cukup sebulan nanti dia kira berapa jumlah hari kau datang kerja baru la proses pembayaran bermula. Cewahhh. Gaji juga berdasarkan jawatan tu nak lulusan apa. Sebagai contoh:

SPM: RM 50 sehari
DIPLOMA: RM 72 sehari
DEGREE: RM 100 sehari

Bagi aku okay dah rasanya dengan kadar ni sampai rasa nak kerja hari-hari supaya nanti sedap sikit tengok jumlah gaji. Hehehe. Eh pasal PSH ni bukan dekat JPPH je ada, banyak lagi jabatan yang ambik PSH ni contohnya Jabatan Perangkaan. Ada juga la kenalan time study diploma dulu jadi PSH kat situ. Dah la haritu ada nampak kat twitter nak PSH kelayakan degree, RM 100 sehari tu woiiiii tapi saiyaaanngggg dia nak yang lepasan course apa tah. Tapi apa-apa pun syukur dapat bekerja.

Ramai tanya apa rancangan seterusnya bila habis kontrak. Jawapan buat masa sekarang nak cuti dulu sebulan sambil-sambil cari kerja lain. Sambung Master ape cerita? insyaAllah niat nak sambung tu masih ada cuma tunggu masa yang sesuai :)


Oklaa habis dah. Thanks for reading. Bye!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 78