Quantcast
Channel: arifahnadia's
Viewing all articles
Browse latest Browse all 78

Apa perbezaan Diploma Pengurusan Maklumat (IM110) dan Diploma Pengurusan Perpustakaan (IM120)?

$
0
0
Assalamualaikum.

Lately ni ada beberapa orang tanya aku apa beza pengurusan maklumat (IM110) dengan pengurusan perpustakaan (IM120). Aku pun taktau sangat nak terangkan macam mana sebabnya zaman diploma aku dulu memang Fakulti IM tawarkan course diploma pengurusan maklumat sahaja. Yang pengurusan perpustakaan tu untuk degree. Zaman dulu laaa.

Then masa degree baru aku ada dengar Fakulti IM ni ada dua course untuk diploma. Kiranya ada diploma pengurusan maklumat dan diploma pengurusan perpustakaan. Dari segi nama course tu aku cuma boleh cakap maybe perbezaan dia dari segi subjek. Subjek untuk diploma pengurusan perpustakaan maybe tekankan semua subjek berkaitan perpustakaan.

Serious aku serba salah jadinya bila nak terangkan dekat orang yang tanya tu. Sebab sekarang diploma tu khusus pada perpustukaan sahaja. Aku nak terang lebih-lebih takut salah yela sebab diploma aku dulu diploma pengurusan maklumat. Bila degree ni je baru khusus pada pengurusan perpustakaan.

Bila aku tengok balik web Fakulti IM ni diploma tu dia tawarkan diploma pengurusan maklumat je. So aku taktau macam mana nak cari info pasal diploma pengurusan perpustakaan ni. Tadi ada masa aku try google semula dan aku Cuma jumpa perbezaanya dari segi tempoh semester. Itupun jumpa kat SINI.

Bagi Diploma Pengurusan Maklumat (IM110) jumlah keseluruhan semester ialah 5 dan Diploma Pengurusan Perpustakaan (IM120) 4 semester. Kalau tengok link tu balik tu tahun 2014. Nak tahu lebih lanjut rasanya korang boleh klik FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT, UiTM.

Rata-rata risau peluang pekerjaan kalau ambil course ni. “Kerja kat library ni kena susun buku ek?”. Soalan yang sentiasa orang akan tanya. Setakat aku praktikal ni memang sah sah la kau pelajar praktikal memang WAJIB susun buku cumanya susun bila melibatkan unit servis sahaja.  So masa duduk kat unit sirkulasi merasa la kejap pergi shelving dan buat shelves reading.  Tapi best apaaa. Orang course lain takkan mampu buat apa yang kita buat ni tauuu! :D

Berbalik pada topik peluang pekerjaan bagi lepasan course ni, janganlah risau. Ada rezeki tak kemananyaa. Walaupun ada segelintir yang perlekehkan course kita ni, jangan sesekali rasa ‘down’ okay. Tak banyak IPT tawarkan course kita ni macam UiTM (tapi tak silap aku UNISEL pun ada juga tawarkan course yang sama laaa). So saingan untuk dapat kerja tak sesukar macam course lain (contohnya business management, account, computer science, cuba tengok berapa banyak IPT tawarkan course ni dan boleh bayangkan berapa banyak lepasan graduan yang kena bersaing untuk dapatkan kerja. Tapi ini CONTOHHHHHHH SAHAJA ya). Kat sini aku tak bermaksud untuk memaksa adik-adik kat luar sana pilih course ni sebab pilihan masing-masing kann. Minat setiap orang pun lain. Dan aku tidak menafikan kehebatan course yang lain mungkin mereka lebih dari segi lain dan course kami lebih dari segi lain. Haaaa gittteeewwwww.

Apa-apa pun banyakkan berdoa. Mintak dengan Allah agar diberi rezeki kerja dan sebagainya. Encik Akim salah satu pustakawan dekat tempat aku praktikal akan tekankan bab ni. Dia selalu pesan apa-apa pun banyakkan berdoa, solat jangan tinggal, buat solat dhuha. InsyaAllah rezeki ada kat mana-mana dan Allah pun dah tetapkan untuk kita. Jangan give up okay! :D


Aku harap entry ni dapat la bantu sikit dengan link yang aku bagi tu. Rajin-rajinkanlah diri untuk klik link yang aku share kat dalam entry ni.  Goodluck! :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 78


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>