Assalamualaikum. Alhamdulillah lulus semua paper untuk Semester 6. Serious debor tunggu result kali ni sebab kan tengah praktikal. Andai kata kalau tersangkut satu paper, tak pasal kena balik semula ke Kedah. Tak boleh bayangggg macam mana T____________________T tapi ape-ape pun syukur Alhamdulillah lepas semuanya. So boleh sambung praktikal ni dengan tenang sikit :) macam biasa lah bila result keluar aku akan share subjek yang belajar untuk Semester 6 ni. Here we goooooooooo :D
IMC 651: EVALUATION OF INFORMATION SERVICES
Terus terang cakap yang subjek ni paling mencabar sepanjang degree. Belajar apa tujuan dan pentingnya research ni. Yela nanti kot kot la nak sambung Master kan kena banyak buat research haaa giiittteeeewww. Tapi taraf degree ni cuma kena buat Research Proposal. Dari segi individual assignment kena buat Critical Analysis (CA). Cari dua puluh articles dan pilih lima terbaik. Dari lima tu kita ambik satu tajuk untuk kau fokuskan untuk buat critical analysis. Aku ulang balik ya DUA PULUH articles. Haaa kauu pulun mencari dekat online database. Macam biasa la cari kat Emerald Insight kesayangan. Macam aku, aku pilih untuk buat pasal tanggapan pengguna terhadap perpustakaan awam. Berpinor la mata sebab nak baca articles tu kan tapi takde la aku baca semua sekali tambah pulak bila buat kerja last minute. Perangai macam ni kalau bawak sampai ke Master, memang parah la aku cakap. Tapi assignment ni cuma dua m/s je. Untuk subjek ni setakat di kampus Kedah memang semua assignment adalah individual ya. Ade je kampus lain buat individual dan group.
So yang satu lagi assignment ni la kena buat Research Proposal (RP). Dapat Dr. Roziya as a lecturer yang agak best dan sempoi je haaa. Dia bagi kita pilih siapa supervisor (SV) kita sendiri tapi siapa cepat dia dapat dan atas lecturer tu sendiri sama ada dia nak ke kita jadi anak buah dia atau tak. Kalau tak, Dr. Roziya akan letak lecturer lain la. Nak pilih SV lagi sadis weii. Aku, Kus, Lin & Anis pilih lecturer yang sama sekali kena rombak sebab lecturer tu tak boleh nak jd SV kami. Maka berpecah la kami berempat. Masing-masing dapat SV yang berlainan. Dan Alhamdulillah aku dapat Dr. Roziya sebagai SV aku. Tak lari jauh pun tajuk RP dengan CA sebelum ni Cuma aku tukarkan kepada academic library sebab banyak articles sikit. Banyak kali la jumpa Dr. Roziya untuk consult RP ni ha. Setiap kali jumpa setiap kali tu ada benda kena ubah. Memang time tu fikir aaaa malas sambung Master laa kalau yang RP ni pun tak boleh buat nanti time Master macam mana la pulakk. Tskkk tskkk.
Yang lagi rasa teruk gila sebab final test tak boleh jawab. Bayangkan esok ni final test IMC651, baru harini print nota. Nota lama kena curi time kereta Kus kena pecah haritu. Baca masuk tak masuk je. Memang redha jela kalau tak dapat A sebab memang tak target pun. Tapi bila pagi tadi check result, Alhamdulillah. Unexpected gilaaaaaa. Thank you Dr. Roziya :)
IML 651: DIGITAL LIBRARIES
Subjek ni belajar la advantages, cara macam mana convert ke digital, tools apa digunakan. Tapi takde la buat cuma teori. Ada tiga assignments; dua individual dan satu group. Untuk individual macam biasa la takkan larinya la daripada article summary/review semua tu. Satu lagi yang untuk individual kena buat essay. Jangan mimpi la essay macam final exam kau jawab tu. Nak at least 6 pages untuk essay semata mata dan jangan bermimpi la kau sesenang lenang nak copy dari web mana mana sebab kena masuk Turn it In untuk check plagiarism. Huahuahuahuahuaaaa :p
Group assignment ni paling mencabar. Siapa kata boleh lari dari sistem? Punyala rela dan sanggup ambik records management daripada ambik sistem sekali ambikkk kauuuu subjek ni pun lebih kurang la kena download software dan macam kena setup la digital library. Buat pakai Greenstone tapi memang aku tabik dan terima kasih banyak banyak kat Yana & Nina sebab bersengkang mata kot tak tidur siapkan. Semua berkampung kat rumah 71b. Teringat merempit dengan Lin pukul 1 pagi pergi rumah diorang pastu tolong masuk data sikit jelaa. Habis presentation diorang topap tidur.
Lupa nak kabo subjek ni ade jugak buat academic visit dan kelas kami pilih untuk ke Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Group lain ada sampai ke Sarawak :) Tq Sir.
IML 655: ORGANIZATION OF INFORMATION: COMPUTERIZED CATALOGING
Ni level 4 dalam Organization of Information la untuk degree. Belajar pasal MARC21, tagging, subfield laaa ape laaa. Ada lah terms dia dan untuk subjek ni pun dia ade kitab tauuuuu. Manual la. Hehehehe cumanya tak la setebal dan seberat macam AACR2 mahupun banyak macam LCSH, LCC dan DDC. Satu je kitabnya untuk MARC 21. Dari segi assignment ada satu je tak silap itupun group. Ada 4 tajuk (web 2.0, web 3.0, RDA & satu lagi tak ingat) tapi pilih dua je. Kena cari 1 article untuk setiap tajuk yang dipilih dan terang apa yang kita faham. Nampak macam mudah hakikatnya nak fahamkan tu susah. Tapi aku taktau la nak cakap macam mana betapa sabarnya Madam Dibradini ajar kami sebab sokmo dia tanya, mst dia yang jawab. Dan paling best masa presentation dia duduk kat belakang, kita duk explain kat depan ni dah debor dah "betul ke penerangan aku ni sebenarnya", Madam kat belakang senyum je dari start kau bagi salam sampai la thank you tu. Takde pun nak buat mimik muka yang boleh buat kita rasa downnnnn gila sebaliknya dia macam bagi kita semangat tau. Tq madam! :)
So harini aku share tiga subjek dulu dan lagi tiga subjek bakal menyusul kemudian di part 2. Dok rokkkk aaa sebab penat balik kijoooo. TQ :)
p/s: esok rehat lama boleh main xbox kat level satu. yeayy! :D