Assalamualaikum wbt. Cakk cakk cakk! Ada lagi ye sudi jengah blog aku ni. Selasa lepas keluar keputusan UPU intake Sept kan? Patut la ada yang datang singgah blog. Katakunci pencarian” Sarjana Muda Pengurusan Perpustakaan”. Haha tak sia-sia jugak la share apa yang aku belajar sepanjang 3 sem setakat ni. By the way harini dah keluar pun result semester 5 tapi kali ni dapat agak awal berbanding sebelum ni. 11 lebih hari khamis dapat. Apa-apa pun Alhamdulillah syukur nikmat. Masih meneruskan misi untuk menaikkan pointer setelah kecundang sedikit masa semester 4. Macam biasa entry kali ni pasal subjek semester 5 pulak ye. Masih sama, 3 subjek major, 2 minor, 1 BEL dan 1 third language. Mari mulakan dengan subjek major:
IML 601 (PUBLICATION AND PRODUCTION OF INFORMATION MATERIALS)
Bagi sesiapa yang pernah ambik diploma pengurusan maklumat, ingat tak dulu ada belajar buat magazine bagai? Pakai photoshop la indesign la dan segala benda nak edit gambar buat poster, blablablabla? Lebih kurang tapi yang ni lebih santai sikit. Santai sini maksudnya kau tak perlu nak hadap sentiasa anak beranak adobe photoshop untuk edit buat poster semua. Renyah kan? Yang lainnya time degree ni ialah kau kena publish satu magazine yang berbentuk akademik. Semua articles yang akan diterbitkan untuk majalah munshi ni ialah hasil karya daripada lecturer yang sudi sumbangkan article mereka. Tak kisah la dari fakulti dan kampus mana pun. Janji kau kena rajin bertanya dan follow up dengan mereka. Sebenarnya banyak steps dia. Article yang lecturer bagi tu perlu disemak dengan editor lepastu bahagian language pulak lepastu nak kena susun semula. Eh susah jugak la kerja ni mana ada kerja tak susah. Sampaikan kitorang balik lewat sikit sebab nak tunggu kot kot lah ada kerja lagi nak diperbaiki ke apa kann. Tapi memang lama pun nak siapkan ni. Sebenarnya assignments ni terpulang atas lecturer rasanya. Macam kelas aku kena buat magazine munshi satu, satu lagi pictorial macam banyak la gambar gambar bersama article berkaitan tajuk masing-masing. Nak explain beria sangat kang takut salah pulak T_________T
Untuk individual pulak macam biasa la article review. Tak lupa lepas tu nanti kena check kat turn it in untuk tengok berapa % kau copy article asal huahuahuahua. No final exam for this subject so pulun la dekat segala assignments dan test yang diberikan.
IML 605 (ORGANIZATION OF INFORMATION: ABSTRACTING AND INDEXING)
Setelah bercinta dengan AACR II, LCSH, DDC dan kini tiba masanya bercinta dengan abstract dan index. Subjek ni takde buku tebal berkulit keras tu dah ye. Notes yang tebal tu kadang-kadang pun tak faham sebenarnya. Kali ni belajar buat abstract. Ada tiga jenis kan informative, indicative dan critical. Belajar jenis macam mana kita nak tentukan abstract tu jenis apa. Tapi masa final nanti yang kena buatnya adalah indicative abstract tidak lebih 70 patah perkataan. Eh tapi penting juga tau untuk kenalpasti mana informative mana indicative dan mana critical sebab PART B kena tentukan okay! :) untuk index pulak kita kena tau keyword ataupun term yang memudahkan pencarian. Seronok sebenarnya buat index ni. Tapi itulah jenis aku ni dua tiga minggu nak final baru faham “ooooo macam ni rupanya kena buat abstract/index”.
Ada final exam ye adik-adikku sekalian. 60% tak silap la. Assignment tentunya ada. Siapa dapat lecturer Sir Azree kita geng! Kalau dia kata kerja kena hantar hari esok sebelum pukul 3 di pejabat dia, maknanya KAU MEMANG KENA HANTAR SEBELUM PUKUL 3. Lebih dari tu sorry takkan diterima. Kelakar kot sampai teringat dia cakap “kalau pergi binding tu time tu la mesin binding tu tumpul, tak payah rajin nak pergi asah, bawak je yg separuh siap binding” tunjuk kat dia yang membuktikan memang kerja kau siap, Cuma tinggal nak binding je. Kalau lekat? Kalau lekat bawak sekali dengan mesin binding tu datang pejabat dia. Kahkahkahakah. Satu DS tu ketawa bila dia bagi ayat macam ni. See.. senang sebenarnya bekerja dengan dia. As long as kau buat kerja kau dan siap on time takde masalah. Please jangan ponteng kelas! Sebab dia akan tanya dalam kelas kenapa tak dtg and ada MC tak, if takde laju je dia bulatkan ruangan tu. Tak datang lebih 3x ZZ la dan merana la tak dapat pergi jawab time final exam.
IML 606 (CHILDREN’S LIBRARIANSHIP)
Siapa minat budak-budak? Untunglahhhh sebab aku ambik masa jugaklah nak minat budak-budak maybe sebab takde adik kecik kot. Okay dulu subjek ni takde final exam. Maknanya markah banyak bila kau buat projek atau aktiviti luar macam Public Relation Semester 4 tu. Kami kiranya batch kedua yang ada final exam. 60% pulak tuuuuu. Nota nipis je so kau kena pandai la nak menggoreng time final exam nanti ye. Untuk individual assignment macam biasa article review/summary. Takkan terlepas punya la. Hahaha. So untuk group kami kena buat product yang sesuai untuk kanak-kanak. Dannnnn tadaaaaaaaa,
kami buat “Family of Animals” dalam bentuk kotak. Actually kami guna kayu. Berat dan renyah gila nak buat weii. Tapi Alhamdulillah dapat pulak lecturer yang sempoi je.
IMR 604 (ORAL DOCUMENTATION)
Okay ni dah masuk subjek minor. Oral documentation ataupun kami panggil OH(Oral History). Tajuk OH kali ni untuk kampus Kedah ialah “Keusahawanan”. Memandangkan cuma 1 kelas je yang ambik subjek ni senang sikit lah. Mula nak pilih tajuk tu susah jugak sampailah cabut undi majoriti pilih keusahawanan. Cerita dia ialah kena interview sejarah jatuh bangun dan pencapaian sesorang tu dalam perniagaan yang dia ceburi. Amboiii ayat habis skema dah ni nak terangkan. Okay memandangkan group kecil aku ni majoriti orang pantai timur dan kebetulan pulak nak ajak Kus jalan-jalan kat belah sini, kami decide nak interview owner Keropok Lekor dekat Losong tu tapi macam payah pulak sebab diorang mesti cakap ganu pekat so nanti takut ada masalah pulak dalam proses nak transcribe interview tu. Tukar balik fikiran untuk interview pengusaha batik/songket. Terengganu kan popular dengan keropok/batik/songket. Memang dugaan gila la nak call tanya boleh tak nak interview. Yela pilih pulak Noor Arfa Batik dengan Atikah Songket memang payah la cerita dia. Aku sampai nak give up dah sebab taktau nak cari mana lagi. Mula tu abah ada bagi cadangan untuk interview kenalan dia pengusaha songket dekat Terengganu tapi aku macam takanak sebab tak yakin. Tapi dah takde pilihan lain masa kat Terengganu tu aku setuju la nak interview kawan abah tu. Memang abah selalu buat songket dengan Kak Ja tu. Alhamdulillah proses interview tu Allah permudahkan walaupun tengah interview tu ada bunyi motor la lembu la sampai kitaorang rekod banyak kali. Thanks Kak Ja layan kami. Kak Ja ni juga pernah buat songket untuk artis dan VVIP tau. Aku pun terkejut mulanya tu. Dah la jenis rendah diri je bila bercakap. Panjang kan cerita dia sebab itulah satu-satunya assignment untuk subjek ni sebab 90% markah akan diambilkira daripada interview tu termasuklah proses nak transcribe, print, format dan lain-lain. Test cuma 10% je haaa. Pulun la ye untuk 90% tu. Dan kalau boleh masa proses transcribe tu banyakkan jumpa lecturer untuk tunjuk progress so dia boleh betulkan mana yang salah.
IMR 665 (MANAGEMENT OF AUDIOVISUAL RECORDS & ARCHIVES)
Rektor UiTM Kedah sendiri yang ajar subjek ni. Tak percaya pulak sebab dulu ada cerita kan pasal nak tukar kampus tu dia ada cakap kemungkinan dia akan ajar budak records time part 4. Mujurlah dia tak cam aku dengan syakirah pergi pejabat dia bincang pasal tukar kampus dulu tu. Huahuahuahuahua. Malu bebbb sebabnya sekarang aku dah boleh terima hakikat belajar kat Kedah nuuu. Hehehehe. Okay subjek ni ada 3 assigments ye; individual, group(visit) dan group (final project). Indivual tu memang sama la tiap tiap sem. Article review. Untuk second assignment, pergi ke mana-mana arkib yang menyediakan atau memberi perkhidmatan menguruskan segala jenis rekod yang berbentuk audiovisual. Contohnya RTM dia mesti ada rekod bentuk CD, tape, piring hitam, etc. based on guideline nanti buat la kajian kat RTM tu atau tempat lain yang ada AV Records. Final project tu kita kena create arkib kita sendiri yang menguruskan those AV records dari segi creation, collection, classification, dissemination, preservation and conservation. Ala ala create Record Center time diploma part 4 dulu tu. Subjek ni pun takde final exam. Final test cuma 20% sahaja.
BEL 492 (PRESENTATION SKILLS)
BEL stage ketiga. Ni kira final sem untuk ambil BEL. Tiada final exam mahupun test langsung! Best kannn? Sem ni kena buat speech. Tapi ada dua la kena buatnya. Kena bagi speech pertama dalam tempoh 5-7minit dengan berbekalkan tak lebih daripada 4 slide untuk powerpoint dan speech kedua 7-10minit berbekalkan slide tidak lebih daripada 10 tak silap aku la. First speech tajuk aku “Treatment for Hyperhidrosis”. Memang sengaja pilih tajuk ni sebab yela diri sendiri ada hyperhidrosis tu dan pernah buat 2 daripada 3 point treatments aku untuk speech tu so haruslah buat speech pasal ni. Seronok gila sebab benda tu aku alami sendiri so ibarat macam kita share pengalaman dengan orang lain. Lagipun lepas aku bagi speech tu aku harap orang sekeliling aware dan faham situasi orang kuat berpeluh macam aku ni. Second speech macam hampeh. Sumpah hampeh nak mampus. Kali ni tajuk aku buat “Benefits of eating banana”. Tajuk perghhh Nampak macam budak-budak kan tapi bila turn aku, GAGAP. Banyak kali cakap sorry and repeat balik ayat tu. Terus terang cakap aku lebih suka first speech sebab benda aku cerita based on true story yang aku sendiri alami but second speech ni sebab aku takde tajuk nak fikir dan sebenarnya aku tak minat pun makan pisang. Kalau pisang dengan betik aku pilih betik. Kalau pisang dengan tembikai aku pilih tembikai dan kalau pisang dibandingkan dengan durian of course aku pilih durian. Nampak tak betapa aku tak sukanya makan pisang. Tapi dah buat speech pasal pisang haruslah cari yang kata-kata positif. Bila diingatkan balik masa bagi speech kedua tu rasa macam nak hempuk je kepala kat dinding T________________T
BAB 501 (ARABIC LANGUAGE III)
Alhamdulillah Bahasa Arab ni jugak merupakan level terakhir untuk third language aku. Alhamdulillah jugak dapat ustaz yang sama mengajar since level 1 lagi. Mula dapat ustaz lain tapi pujuk punya pujuk dapat jugak tukar ustaz. Bukan apa cuma lebih selesa dan seronok bila dah terbiasa dengan ustaz yang dah ajar kita selama dua sem. Sem ni belajar bab perkhidmatan, pameran, hospital, etc. Macam biasalah tiada final exam. Test macam biasa jugaklah; reading, listening, oral dan tak lupa kena rakam video. Alhamdulillah dapat completekan kesemua level. Boleh la sikit-sikit cakap arab kenalkan nama, tinggal dekat mana. Istilah tu faham tapi nak buat ayat penuh tu lambat dan konfius sikit. Part nombor tu lambat tangkap jap kalau dah masuk ratus, ribu bagai. sebab bacaan dia lain sikit. Tatabahasa pun masih kelaut. Thanks jugak untuk kawan wechat yang masih lagi rajin membetulkan skrip kami then refer balik dengan ustaz. Syukran!
Syukur syukur selalu. Hehehe. Harap sedikit sebanyak boleh la nampak gambaran apa yang korang akan belajar untuk semester 5 ye. Untuk semester 5 ni cuma ada dua subjek sahaja yang ada final exam, selebihnya final test :) Buat adik-adik ke kakak-kakak ke abang-abang ke yang dapat course IM244 Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, janganlah takut nak terima sebab susah ke apa ke. Belajar apa-apa pun susah. Takde yang senang tu datang bergolek. dan janganlah risau sangat nanti kena kerja kat library. Banyak cabangnya walaupun itu memang la tempat kerja utama. Boleh je jadi lecturer tapi sambunglah master. Bukan kerja awak susun buku je kat library tu. Banyak lagi. Belajar lah dan kita boleh betulkan perspektif orang lain tentang course kita ni ye. Goodluck! :D