Quantcast
Channel: arifahnadia's
Viewing all articles
Browse latest Browse all 78

babyfive dah setahun!

$
0
0
Assalamualaikum.

hari ni genap setahun babyfive kesayangan. yeayyy *jejoget* setahun tak pernah tukar screen protector dan tak pernah hantar kedai baiki apa-apa. tipu lah kan baby aku ni tak pernah cium lantai dan cium aku masa aku tengah menaip sambil baring -,- sungguh la pffftt. nak dapat bb ni bukan senang. lagipun memang nak tukar telefon sebab bold lama aku memang tak boleh nak diselamatkan lagi. beli sehari sebelum keluar result sem dua. antara dua je perasaan malam tu; nak selok kera dengan baby baru atau debar menanti result. 

sepanjang hidup cuma tiga kali pakai telefon yang masih ada warranty. kalau tak, bila rosak, kau kena keluar duit sendiri la jawabnya. biasa dapat telefon yang dah takde warranty ni daripada abang-abang kesayangan. so jangan banyak bunyi la bila orang nak bagi free tu -,-" sepanjang tiga telefon yang berbekalkan warranty, dua daripada tu  bila nak dekat setahun iaitu masa warranty nak habis ni la buat hal buat perangai. 

contoh masa pakai k770i dulu, slide kamera dia buat hal. sampai nak amek gambar pun boleh stress tau! dah la aku ni memiliki sifat keperempuanan yang mana suka sangat bergambar. gambar koya tak koya belakang cerita. mungkin masa tu aku ganas sangat kot bukak slide kamera *sigh* taktau nasib telefon tu sekarang macam mana.

dan masalah sekarang ialah dengan babyfive aku. mujur la kau masih ada lagi setahun warranty. sebab tu aku macam lambat je hantar kedai. malas tahap tiga. ini pun dalam keadaan 50-50 nak hantar ke tak. babyfive mula buat perangai hujung tahun lepas. autoreboot dengan jayanya. pfftt. tengah main mesej ke twitter ke ape ke bammmm dia padam tanpa kau minta. stress engkoooo -,- sekali dua tahan la lagi, ni kalau dah reboot pastu takdan hidup seminit kau nak reboot lagi apehal haaa? nampak tak kat situ aku ni bukan penyabar. paling teruk 3x auto reboot dalam masa yang singkat. kau nak suruh aku rasa apa? kalau sekali reboot amek masa seminit dua takpe, ini berminit minit -,-

tanya syali, rupanya dia pun mengalami masalah yang sama. dia hantar kedai dalam sebulan lebih jugak la tunggu dan dia dapat bold 5 baru kot! lepas baiki terus dia jual sebab dia beralih arah ke bold 4. huwargghh. dapat yang baru pun cam best. kalau nak upgrade ke telefon lain, memang takde duit. dan aku ni jenis kalau pakai satu telefon, pakai sampai dia dah tak boleh pakai. tunggu angah balik ni baru hantar la kot. 

p/s : tak marah kau pun baby. mohon bersabar dan jangan buat perangai lagi T.T




Viewing all articles
Browse latest Browse all 78