Assalamualaikum.
Seingat aku, sepanjang aku duduk kat Kuantan, jarang lagi la dapat tengok dan alami situasi banjir macam ni. Tapi dorang cakap tahun 2001 dulu pun banjir teruk gak.Mungkin faktor masa tu aku masih budak sekolah yang taktau dan tak ambil kisah pasal banjir. Biasa kawasan yang selalu naik air mesti dekat Sungai Isap tak pun Sungai Lembing. Tu je tempat biasa aku dengar la bila musim tengkujuh je banjir. Alhamdulillah masa aku duduk kat bukit rangin tu tak kena banjir sebab dah pindah ke Indera Mahkota (IM).
Tapi Isnin baru ni memang terkejut gila la. Ahad malam tu memang dah start hujan tak berhenti sampai la Isnin pagi tu. Kebetulan abah cuti, so pagi tu dia ajak aku & haziq pergi sarapan kat deaisyah. Siap makan abah ajak g CIMB kat teruntum sebab nak bawa keluar duit pencen ke ape tah. Masa otw ke bandar, depan shahputra tu rupanya air dah naik. Kitorang memang la tak perasan sebab abah lalu atas. Sedar banjir bila dah sampai IM 8.
*Mekdi IM8
(masa ni hujan lebat)
*belakang kedai kat IM8
(terpaksa lalu belakang sebab depan kedai rahmat tak boleh lalu dah)
Memang terbantut nak ke CIMB tu sebab tengah-tengah Bandar Kuantan pun naik air. Bukit Ubi banjir. Galing banjir. ECM banjir. Sampaikan parking kat bawah pun naik air. Aku duk baca tweet ramai cakap air naik sampai ke dalam kedai Nike la Starbucks la. Serius macam tak percaya. Aku duk kat bandar saja 4jam. Memang dugaan la.
Gambar bawah ni aku pakai ambil je kat Facebook.
*depan Cowboy
(Maaf adik-adikku sekalian yang kirim biskut tu, tak dapat akak nak membelinya)
*sebelah Megamall.
(habis laaa roti nan rasa teh susu)
Aku rasa lepas ni mesti orang beli kereta baru. Sebab banyak kereta aku tengok dah tenggelam. Kedai kasut depan Megamall mesti jual murah gila. Memang banyak la dorang rugi. Apa boleh buat, kuasa Allah. Tapi alhamdulillah setakat ni banjir makin surut. Hujan pun sekejap sekejap. Harap berterusan la dan jalan nak ke Machang boleh lalu.
p/s : IM 1 pun banjir. Syukur area rumah aku yang seberang IM 1 ni tak banjir.